MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Masalah air jejas perkahwinan pemain hoki negara

comments
Masalah air jejas perkahwinan pemain hoki negara

PLAY Click to Expand & Play

AMPANG: Upacara perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat salah seorang pemain hoki negara berubah dingin apabila kawasan sekitar rumahnya di Taman Halaman, Ampang menghadapi masalah ketiadaan air.

Menurut Baljit Singh, dia berasa malu kerana saudara-mara dia yang diterbangkan ke sini untuk menghadiri majlis perkahwinannya terpaksa menumpang bilik mandi di rumah rakan.

“Sehingga kini sudah empat kali saya membuat aduan kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) namun masih tiada sebarang tindakan diambil, malah tangki air yang dijanjikan untuk penduduk di sekitar kawasan perumahan saya juga masih tiada,” tambah Baljit.

Baljit serta abangnya Pritam, yang merupakan pemain kelab bola sepak Liga Super T-Team, terpaksa mengangkut air dari rumah rakan untuk keperluan seharian.

Adiknya Nirmal berkata masalah air ini menggangu persediaan perkahwinan abangnya.

"Kami tidak mempunyai air yang mencukupi untuk mop lantai! Ini sepatutnya merupakan minggu yang gembira dan istimewa buat kami sekeluarga tetapi kini kami terpaksa memikirkan bagaimana untuk mendapatkan air. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata Nirmal.

Ketika dihubungi, penolong pengurus besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memaklumkan terdapat masalah teknikal semenjak dua hari lalu di rumah pam di Taman Halaman namun kesemua kerosakan telah pun diperbaiki dan pam dijangka akan mula beroperasi seperti biasa pada jam 11 malam ini (Isnin).

Selain itu, tempat yang turut terjejas adalah Taman Kesuma, Taman Dagang Permai, Taman Sri Intan dan Taman Sri Watan.

Ini bukan kali pertama gangguan air berlaku di sekitar kawasan Ampang. Sebelum ini, kawasan-kasawan berdekatan menghadapi krisis air yang berlanjutan lebih dua minggu sejak akhir bulan lalu.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Baljit Singh, Hockey Malaysia, Syabas