"Mayat itu anak saya" -- Ibu William Yau
Abdul Hakim Rahman | Kemas kini: Januari 25, 2013
Pengecaman itu berdasarkan kepada pakaian, iaitu seluar pendek dan seluar dalam, yang sama dengan apa yang dipakai William.
Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata, polis masih menunggu ujian DNA untuk mengesahkan mayat budak itu sememangnya William.
Katanya, setakat ini polis hanya boleh mengesahkan dengan 75 peratus keyakinan bahawa mayat itu adalah William berdasarkan parut pada dahi kiri mangsa.
"Pihak forensik akan mendapatkan sampel seperti tulang dan rambut dan pengesahan hanya boleh dilakukan setelah laporan DNA dikeluarkan dalam tempoh 72 jam," katanya.
Jelasnya, buat masa ini polis masih tidak dapat mengesahkan punca kematian namun berdasarkan keadaan mayat yang telah reput ia dipercayai telah mati dalam tempoh seminggu.
William hilang sejak 16 Januari lalu.
Laporan awal mendapati tiada kesan kecederaan luar ditemui pada tubuh mayat.
Tambah Yahaya, serentak itu usaha mencari William Yau dihentikan dan pihaknya mengklasifasikan kes sebagai mati mengejut.
Sementara itu, orang ramai melahirkan pelbagai reaksi di laman Twitter dan Facebook. Rata-rata mereka bersimpati dengan nasib malang ibu bapa William yang terpaksa menerima hakikat anak mereka sudah tiada lagi.
Berita mula diterbitkan pada: Januari 25, 2013 16:47 (MYT)
-
Pemain hilang tumpuan di babak kedua
-
Orang asli Gua Musang hilang punca rezeki
-
Aktivis kecewa perang di Syria berpanjangan
-
Ribut halang usaha kesan mangsa
-
Polis mohon adakan inkues kematian william
-
Polis hantar siasatan kes William ke DPP
-
Mayat Claudia dibawa pulang
-
65 mayat ditemui di tebing sungai
-
Mayat adik William ditemui
-
Mayat budak kecil sah adik William
Click to Expand & Play