'Melayu hanya sibuk berebut kuasa' - Tun M
Ahmad Khairol Shafizan Johari | Kemas kini: Februari 10, 2013
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan ini mungkin terjadi memandangkan Melayu hanya sibuk berebut kuasa.
Jelas negarawan itu, orang Melayu sudah pun hilang kuasa kerana tidak mempunyai dominasi dalam kuasa politik akibat perpecahan.
Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin Melayu yang taksub mahu menjadi Perdana Menteri, menyebabkan kuasa Melayu terpecah kepada tiga.
Lebih menyedihkan katanya, orang Melayu akan jadi pengemis meminta sokongan luar untuk berjaya.
“Sekarang Anwar berebut nak jadi PM, Hadi berebut nak jadi PM. Semua sepakat nak jadi PM, majoriti yang 60 ini dipecah 3, bila pecah 3, kita lawan sesama kita. Jadi macam Arab, sispa bunuh orang Islam di Arab? Bukan orang putih. Syiah belaga Sunni, Sunni belaga Syiah. Orang sembahyang dalam masjid mereka pergi bom. Obama dan PM Britain tepuk tangan, orang lain yang buat. Di Malaysia pun sama jugak,” kata Dr. Mahathir.
Tun Mahathir menegaskan sekiranya Melayu hilang kuasa, maka nasib Bumiputera akan sama seperti zaman penjajahan dahulu.
Tegasnya, Islam sendiri melarang umatnya berpecah.
Dr Mahathir berucap pada ceramah bertajuk 'Perlembagaan Negara dan Masa Depan Keselamatan Negara'.
Sementara itu dalam sidang medianya, Dr. Mahathir menegaskan adalah penting kepada rakyat memberikan mandat 2 per 3 kepada Barisan Nasional (BN)dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Jelasnya, tanpa kedudukan yang kukuh dalam parlimen, maka BN akan mudah ditekan parti pembangkang.
Tindakan yang mungkin dilaksanakan BN pula mungkin tidak begitu baik.
“Kalau nak pinda perlembagaan, kena ada 2/3, kalau tidak ada 2/3 kita akan ada kerajaan yang lemah, yang mana ini akan ditekan oleh parti lawan dan mungkin tindakan yang dibuat tak begitu baik,” kata beliau.
Dalam PRU-12, BN hanya meraih 140 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan sementara Umno pula memenangi 79 daripada 117 kerusi yang ditandingi.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 16:13 (MYT)
-
Ahli politik kanan Pakistan ditembak mati
-
Agenda Awani: Analisis politik Sabah pasca PRU13
-
Myammar bebas banduan politik
-
'Pengundi Hantu' ambil tindakan undang-undang
-
Pakatan Rakyat perlu terima keputusan PRU13
-
Kepentingan hubungan baik Pakistan India
-
Pasca PRU13: Arah Politik Malaysia
-
Kedudukan MCA akan ditentukan kemudian
-
UMNO kekal pemain utama politik orang Melayu
-
Kabinet transformasi dan seimbang
-
Pilihan Raya Pakistan: Memihak pada Nawaz
Click to Expand & Play