Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

MH370: Penemuan dua objek adalah satu permulaan

comments
MH370: Penemuan dua objek adalah satu permulaan
KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang 8 Mac lalu, telah mencapai satu titik perubahan baru selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan penemuan dua objek itu sebagai satu ‘maklumat baru dan boleh dipercayai'.

Abbot membuat pengumuman penemuan dua objek berkenaan di Parlimennya pada Khamis berasaskan imej satelit.

Kemudiannya, pasukan pencari Australia segera menggerakkan empat pesawat ke kawasan berkenaan yang terletak di Selatan Lautan Hindi

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penemuan ini adalah satu penemuan yang berwibawa namun perlukan pengesahan.

“Dua objek yang ditemui dari satelit ini turut ditemui oleh satelit yang lain” katanya dalam sidang media semalam.

MH370
Imej satelit menunjukkan dua objek di Selatan Lautan India

Sebelum ini, tiga objek terapung telah dikesan satelit di bahagian Laut China Selatan pada 9 Mac.

Namun, penemuan itu telah disangkal oleh pegawai dari China dan Malaysia kerana ia adalah informasi yang tidak sah.

Mh370
Imej satelit yang dikeluarkan oleh China pada 13 Mac

Dengan maklumat baru dari Australia pada Khamis, pencarian pesawat MH370 terus dipergiatkan semalam tetapi usaha tersebut terjejas kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Hari ini, sekitar 6 pagi hari Jumaat, lima pesawat telah dihantar oleh Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) ke kawasan berkenaan.

Pencarian tertumpu kepada kawasan 23,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth.

Pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, Poseidon P8 juga menyertai operasi SAR.
 
mh370
Kawasan carian yang dirancang untuk 21 Mac 2014

Pakar-pakar turut memberi pendapat, boleh jadi objek yang dikesan itu adalah bekas kapal kontena atau badan pesawat atau mungkin sayap pesawat.

Menurut Pakar Sistem Radar Universiti Nasional Australia, John Blaxland penemuan ini adalah hanya satu permulaan.

Menurut CNN, beliau berkata sekiranya pesawat terhempas ianya berada di atas permukaan laut, anggota pencari akan menghadapi kesukaran dalam mencari beberapa bahagian pesawat yang lain dalam mencari jawapan kepada apa yang telah berlaku.

Beliau menambah, keadaan perairan Selatan Lautan Hindi antara cabaran yang perlu dihadapi dalam pencarian tersebut.

"Masalahnya dua objek yang ditemui itu tidak berada di lokasi seperti mana rakaman awal satelit empat hari lepas. Arus telah membawanya ke lokasi baru iaitu jauh ke arah timur.

“Pasukan SAR menghadapi cabaran dalam misi pencarian dengan penglihatan yang terhad di mana kawasan itu digerlar  ‘Roaring Forties’  kerana keadaan airnya yang bergelombang dan tidak mudah dikawal serta sukar untuk mengesan apa-apa objek di kawasan tersebut” katanya lagi.

Menurut bekas pengarah Pejabat Negara Lembaga Keselamatan Penerbangan di Amerika Syarikat, Tom Haueter jika dibandingkan dengan usaha SAR yang lain, proses ini biasanya akan mengambil masa yang sangat lama.

Beliau mengambil contoh kes TWA Flight 800 yang menunjukkan bagaimana kerja pembinaan semula kapal yang ditemui sangat renyah dan dalam masa yang sama amat penting untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku.

Kes Penerbangan Air France 447 turut membuktikan betapa lama misi pencarian dibuat.

"Apa yang penting perlu dapatkan kotak hitam yang merakam kejadian dan juga suara di dalam kokpit kerana dengan kotak hitam itu kita boleh tahu apa yang terjadi, namun masa akan menentukan segalanya” katanya.

Blaxand bersetuju dengan pendapat Haueter bahawa pencarian dua objek yang dikesan oleh satelit di Lautan selatan India adalah sesuatu yang mencabar.

"Walaupun dengan bantuan teknologi canggih dalam misi pencarian ini, namun masih sukar untuk mencari objek dengan keadaan muka bumi sebegini”

" Anda sedang mencari sesuatu objek yang berpotensi tidak ada di sana lagi" katanya.

MH370Lokasi penemuan objek di Selatan Lautan Hindi

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: MH370, Mat Lutfhi, MAS, Malaysia Airlines