Anda di sini: Laman Utama | Hiburan »

Mike Shinoda mengusahakan projek solo

comments
KUALA LUMPUR: Mike Shinoda yang popular sebagai salah seorang anggota Linkin Park dilaporkan sedang mengusahakan projek terbarunya secara solo.

Bagaimanapun, projek itu tiada kena-mengena dengan hiburan sebaliknya bisnes kitar semula yang berpengkalan di Haiti.

Menurut laporan, Shinoda menjadi salah seorang pemilik syarikat Sustainable Recycling Solutions dengan pelaburan sebanyak USD300 ribu (RM929,550) dan dianggarkan mampu menjana keuntungan lebih USD1 juta (RM3.1 juta) setahun.

“Memandangkan di Haiti masih belum ada program kitar semula disamping lambakkan sampah berunsur plastik merata-rata, saya membuat keputusan untuk membuka sebuah syarikat kitar semula disana,” Kata Shinoda.

Tambah Shinoda, pada tahun lalu apabila kami mendapat tapak untuk memulakan program Sustainable Recycling Solutions di Port Au Prince, ianya hanyalah sebidang tanah lapang yang tidak mempunyai saluran air dan tenaga eletrik.

“Pada permulaan sahaja kami berjaya mengumpul setengah juta tan bahan plastik untuk dikitar semula menerusi 4,000 pengumpul kami disamping 30 pekerja tetap yang ditugaskan untuk projek ini,” tambahnya.

Shinoda berharap, pembukaan syarikat itu bukan saja memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, malah untuk syarikat-syarikat di Haiti juga.


Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 08:38 (MYT)

Tag: Mike Shinoda, Linkin Park, SRS, Sustainable Recycling Solutions

 
live Saksikan Awani
opinion Kolumnis
twitter tuit pilihan

Saya percaya wakil-wakil rakyat dari Johor tidak akan sia-siakan keyakinan PM & berusaha untuk menyumbang kepada proses transformasi negara.