Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Najib teruja untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang

comments
Najib teruja untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang esok.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan  Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina.


Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 17:45 (MYT)

Tag: Perdana Menteri, PM, Datuk Seri Najib Razak, Pulau Pinang, makanan, Psy, BN, Tahun Baru Cina

 
live Saksikan Awani
opinion Kolumnis
twitter tuit pilihan

Tahniah kpd 4 anak Felda & 2 jurulatih mereka yg berjaya tawan Gunung Everest hari ini. Kejayaan ini adlh #inspirasi kpd seluruh warga Felda