Anda di sini: Laman Utama | Bisnes »

Penurunan harga kereta mendadak akan jejas industri

comments
Penurunan harga kereta mendadak akan jejas industri
RAWANG: Penurunan harga kereta secara mendadak akan menjejaskan pembangunan industri secara keseluruhan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia malah akan mempunyai impak ke atas pembangunan ekonomi negara.

Justeru katanya penurunan harga kereta perlu dibuat secara berperingkat.

“Pihak kerajaan telahpun umumkan bahawa industri ini akan diliberalisasikan dengan penuh teratur dan tanggungjawab. Kita telah dapat lihat penurunan harga model kenderaan secara berperingkat sebanyak 3 hingga 5 peratus, atau sebanyak RM2,200 hingga RM17,000 bagi kenderaan baru dalam suku keempat tahun 2012,” kata Muhyiddin.

Jelasnya penurunan ini merupakan hasil permulaan kepada rancangan jangka panjang kerajaan untuk menurunkan harga kenderaan.

Muhyiddin berkata demikian selepas hadir ke upacara meletakkan batu asas kilang baharu Perodua dan pelancaran model 'S' series Perodua di Rawang.

RM790 juta diperuntukan Perodua bagi memastikan perkembangan operasi dengan pembinaan kilang baru yang bakal memberikan 1,200 peluang pekerjaan.

Perodua hari ini melancarkan 3 model kereta baru, iaitu Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2013 18:52 (MYT)

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perodua, penurunan harga kereta, industri, Rawang