MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Polis siasat laporan "Apa Lagi Cina Mahu?"

comments
Polis siasat laporan "Apa Lagi Cina Mahu?"
KUALA LUMPUR: Polis membuka siasatan terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk  "Apa lagi Cina mahu?" selepas menerima satu laporan yang mendakwa laporan berkenaan berunsur hasutan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.







Laporan Utusan Malaysia itu antara lain menyebut pengundi Cina yang terperangkap dengan politik perkauman DAP gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh orang Melayu.

Laporan muka depan Utusan Malaysia itu menarik perhatian diTwitter dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada yang bernada serius dan kesal yang meminta isu perkauman dihentikan sehinggalah kepada reaksi nakal yang lucu dan main-main yang menggunakan tagar (hashtag) #ApaLagiCinaMahu dan #ApaCinaMahu.
















Laporan Utusan Malaysia dan reaksi di Twitter itu juga mendapat reaksi daripada Polis Diraja Malaysia


Sementara itu, beberapa tagar lain juga menyusul muncul melibatkan kaum-kaum lain termasuk #ApaMelayuMahu yang kebanyakannya juga bernada jenaka.




Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: pru-13, pru13, twitter, pdrm, perkauman