Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

Sarawak sambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan dalam Malaysia Isnin ini

comments
Sarawak sambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan dalam Malaysia Isnin ini
KUCHING: Kerajaan negeri mengadakan acara secara-besar-besaran bagi memperingati peristiwa-peristiwa bersejarah 50 tahun lepas yang membawa kepada kemerdekaan Sarawak daripada pemerintahan penjajah British dan seterusnya pembentukan Malaysia.

Justeru, orang ramai akan disajikan dengan pantomim khas menggambarkan detik-detik bersejarah di Tebingan Kuching di sini, Isnin ini, sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia.

Disifatkan sebagai Hari Pembebasan negeri itu, yang jatuh pada 22 Julai 1963, kerajaan negeri mengatur beberapa program bagi mengingatkan rakyat bagaimana Sarawak mencapai kemerdekaan serta pencapaian dalam pelbagai bidang selepas itu.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, selaku pengerusi jawatankuasa sambutan ulang tahun ke-50 itu, diiringi oleh Setiusaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd Norshidi Abdul Ghani, hari ini menyaksikan latihan terakhir pantomim khas tersebut.

Selain acara itu, sebuah pameran bertajuk Sarawak Gemilang 50 Tahun akan dilancarkan pada hari berkenaan oleh Yang di-Pertuan Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kompleks Pelancongan Sarawak.

Pameran tersebut akan berlangsung sehingga 29 Sept ini.

Sarawak menyertai persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: sarawak, british, kemerdekaan