MH17
MH17
Anda di sini: Laman Utama | Hiburan »

Siti Nurhaliza wakil negara ke Festival Muzik Asean-Jepun

comments
Siti Nurhaliza wakil negara ke Festival Muzik Asean-Jepun
KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza dipilih untuk mewakili negara dalam konsert berprestij, Festival Muzik Asean di Jepun.

Konsert itu bakal berlangsung pada 28 November ini dan disiarkan menerusi saluran NHK World Premium.

Konsert itu diadakan sempena 40 tahun kerjasama dan persahabatan di antara negara-negara Asean dengan Jepun.

Konsert itu bakal dihadiri Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Selain Siti, artis yang terlibat termasuk Agnes Monica dari Indonesia, AKB48 dari Jepun, Christian Bautista dari Filipina dan Olivia Ong dari Singapura.

Setiap satu artis diberikan masa enam minit untuk membuat persembahan.

Konsert bakal berlangsung di Dewan NHK, Tokyo pada 28 November ini tetapi hanya akan disiarkan di saluran NHK World Premium pada 15 Disember.

Siti sedang giat menjalani latihan selepas selesai tanggungjawabnya sebagai inspirer  untuk AF 2013.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my

Tag: Datuk Siti Nurhaliza, Festival Muzik Asean, NHK World