Tengku Adnan hormati kepercayaan PM
Bernama | Kemas kini: Februari 09, 2013
Beliau bagaimanapun menegaskan keputusan pemilihan dan penetapan calon merupakan kuasa mutlak Najib selaku Pengerusi BN.
"Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperkenalkan saya sebagai calon Parlimen Putrajaya. Ia terserah kepada Perdana Menteri. Ini semua kerja Allah Subhanahuwataala," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah kepada 3,500 penduduk Putrajaya, hari ini.
Ketika berucap, beliau meminta penduduk Putrajaya agar terus memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di situ terus terjamin.
Najib yang juga Presiden UMNO membuat pengumuman itu di hadapan kira-kira 2,500 penduduk Putrajaya ketika menghadiri Majlis Perayaan Jubli Emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini Khamis lepas.
Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh presiden parti sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
Pengumuman itu juga telah menutup spekulasi dan kegiatan melobi beberapa individu untuk menjadi calon di pusat pentadbiran negara.
Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya sejak 2004 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 dengan mengalahkan calon Pas Mohamad Noor Mohamad.
Tengku Adnan mendapat 4,038 undi manakala Mohamad Noor sebanyak 1,304 undi.
Berita mula diterbitkan pada: Februari 09, 2013 18:26 (MYT)
-
Agenda Awani: Pasca pilihanraya Pakistan
-
SPR umum keputusan PRU-13 diwarta
-
SPR wujud pasukan kaji kes dakwat kekal
-
Persiapan Festival Belia 2013 hampir siap
-
Upacara angkat sumpah diadakan dalam dua minggu
-
Agenda Awani: Analisis politik Sabah pasca PRU13
-
MIC hormati keputusan PM
-
'Pengundi Hantu' ambil tindakan undang-undang
-
Pakatan Rakyat perlu terima keputusan PRU13
-
PM pengerusikan mesyuarat jemaah Menteri pertama
-
Pasca PRU13: Arah Politik Malaysia