Tutup
Orang KL

Datang KL jangan malas

Wawancara: Abdul Hakim Rahman

Facebook Twitter Email Google Whatsapp
Prev
Next

SUHAIMI ABU BAKAR

Peniaga burger, 45 tahun. Lahir, membesar, mencari rezeki dan belajar mengenai kehidupan semuanya di Kuala Lumpur.

ABANG memang asal Kuala Lumpur. Macam-macam yang abang suka di Kuala Lumpur ini... tengok orang ramai, tingkah laku orang bermacam ragam. Ada yang bergaduh, ada yang buat jenayah. Tetapi yang abang tak suka bila orang buat perangai. Orang di Kuala Lumpur ini ada yang ambil kesempatan meragut, lebih-lebih lagi di tempat yang ramai orang. Ini bagi imej tak baik kepada Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR ini okay. Kalau kau seronok, dia akan jadi seronoklah. Kalau kau tak seronok, dia akan jadi tak seronok. Kau kena pandai hiburkan diri di Kuala Lumpur ini.  Tapi satu saja... kalau kau nak survive di KL ini, kau kena rajin. Buat kerja apa sekali pun... kutip tin, kutip sampah atau kutip kotak sekalipun, janji kau ada target, insya-Allah line clear.

Kuala Lumpur
Orang ramai sedang memeriksa barangan terpakai di Pasar Karat atau Junkyard di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. AWANI / SHAHIR OMAR

BOLEH hidup di Kuala Lumpur ini dengan hanya berniaga. Abang dah 20 tahun lebih berniaga di sini.  Sebelum berniaga, abang jadi despatch boy. Abang sekolah bodoh... tak pandai. Sudahlah bodoh, biarlah rajin sikit. Jadi oranglah sikit. Apa benda sekali pun yang kau buat insya-Allah boleh jadi, janji ada kejujuran dan keikhlasan.

PENGALAMAN yang tak boleh dilupakan sepanjang berniaga burger ini bila ada orang yang pandang sinis dekat abang. Dia orang merah mata dengan abang. Dia orang report polis mengatakan abang jual dadah.  Sebenarnya tak ada pun. Tapi itulah, bila berniaga burger tepi jalan ni ada orang yang pandang serong.

DARI situ abang belajar yang abang kena hormat orang. Jangan buat perangai, jangan kurang ajar dengan orang. Abang berkawan dengan ramai orang. Bergaul dengan orang ini kita kena elok-elok. Budi bahasa kena bagus, iyalah... kena senyum selalu.

MASA berniaga dulu dengan sekarang memang beza. Dulu orang ramai di sini. Sekarang ini Puduraya pun dah tak ada. Bas yang ada di Pudu Sentral pun dah dipindahkan ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan), jadi pendapatan abang agak terjejas sikit.

SUSAH tak ada. Insya-Allah, abang buat masa ini tak ada benda yang abang rasa susah di KL ini. Kalau niat kau baik dan kalau kau jujur dengan orang, kau ikhlas dan tak ganggu orang, tak ada apa-apa pun. Buat baik dengan orang, jangan sakitkan hati orang.  Paling penting, kalau kau sihat kau tak susahlah.

KAYA dengan berniaga burger, tidaklah. Kalau nak jadi kaya, Tuhan yang paling kaya. Tapi bolehlah nak hidup di sini dengan berniaga. Kalau kau menyimpan, kau boleh ada apa yang orang lain ada. Senang cerita, sepanjang abang berniaga tak pernahlah tak makan.

Kuala Lumpur
Warga kota sedang beratur bagi memesan hidangan sate di sebuah Pasar Malam di Kuala Lumpur. AWANI / SHAHIR OMAR

RINDU nak berniaga dengan orang ramai. Bila orang ramai abang seronok buat kerja. Tapi abang rindu sebenarnya dengan kawan-kawan lama abang. Kalau boleh, jumpalah balik abang di sini. Abang rindu kawan-kawan lama abang datang sini. Abang tak tahu dia orang dekat mana sekarang. Ada yang dah berkahwin. Tapi kalau nampak abang dekat sini, kalau boleh lawatlah abang dekat sini.

RAMAI yang nak datang KL tapi kalau budak-budak kampung nak datang KL, kena rajin buat kerja. Kena buat kerja. Kena rajin buat kerja. Jangan datang KL nak lepak saja.

RAMAI yang nak datang KL tapi kalau budak-budak kampung nak datang KL, kena rajin buat kerja. Kena buat kerja. Kena rajin buat kerja. Jangan datang KL nak lepak saja. Kalau melepak, apa pun tak dapat... lepas tu, kerjanya nak menyamun. Jadi kenalah buat kerja. Abang rasa mana-mana budak kampung yang datang ke KL ni, apa niat kau datang ke KL ni?  Nak buat kerja atau nak apa? Kalau buat kerja tu buatlah kerja betul-betul.

IMEJ yang buruk pasal KL ni kebanyakannya orang luar yang bawa. Dia malas nak bekerja lepas tu dia mulalah kacau orang, jadi penyamunlah, macam-macamlah. Semua... sebab dia malas nak buat kerja.