Tutup
Orang KL

Derita hati dia tanggung sendiri

Wawancara: Mariah Ahmad

Facebook Twitter Email Google Whatsapp
Prev
Next

MARIA JOSEPH

Pesara TUDM, 55 tahun.

MASYARAKAT sebenarnya perlu meluangkan masa mereka bersama kami iaitu orang kurang upaya terutama mereka yang ada masalah organ hati seperti saya. Saya perlukan sesiapa sahaja yang boleh membantu saya dari segi kewangan untuk beberapa tahun, sehingga saya boleh berdiri sendiri. Jika saya tidak mampu, saya mungkin akan tinggal di rumah orang-orang tua. Namun rumah orang-orang tua adalah untuk mereka 60 tahun ke atas.

SETIAP pagi saya akan berkelakuan "hihihi' seperti seorang badut. Di hadapan orang, anda akan menunjukkan betapa bahagianya anda namun sebenarnya anda sangat sedih, seperti Shakespeare, yang bersusah payah untuk menyembunyikan tangisan. Walaupun jarak antara rumah saya dan halaman di hadapan dekat, tetapi bagi saya yang sakit kaki ia seperti satu kilometer. Sakit yang amat di bahagian kaki, terutama apabila saya meletakkannya di lantai.

Kuala Lumpur
Maria Joseph AWANI / SHAHIR OMAR

SEMUA barang semakin mahal. Saya sangat risau, kerana saya perlu membayar bil motosikal saya. Tongkat saya pun sudah rosak. Saya hanya perlu membalutnya untuk membetulkan semula kerana tongkat yang baru berharga dalam RM70. Makanan pun mahal, saya tidak mampu. Kalau awak tengok peti sejuk saya, tiada apa-apa pun selain air dan herba-herba yang didermakan oleh orang lain. Dulu saya selalu makan di luar, namun kini tidak lagi kerana semuanya mahal. Ikan kembung yang kecil pun harga RM4. Sepinggan nasi pun RM2. Apa lagi yang boleh dimakan? Paling murah pun roti canai, RM1. Harga capati pun sekarang RM2. Dari segi harga pengangkutan, bayangkan dari rumah saya ke klinik yang terdekat, tambangnya RM12.

BANYAK yang jadi kepada saya. Saya jatuh motosikal tiada siapa yang tolong. Sangat sukar untuk saya membonceng motosikal, terutama di Kuala Lumpur ini banyak sangat jalan berlubang yang kita tidak sangka-sangka. Ada sekali saya jatuh, habis kaki saya yang sedia ada dibalut ini, berdarah tanpa henti. Kalau awak tengok, sebab itu kaki saya dibalut dengan tebal. Saya rasa saya tidak boleh lagi bertahan dengan lamanya. Bila sakit badan, kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk mengurut kita. Namun saya tidak ada siapa-siapa sekarang ini. Lihat surat sakit yang diberikan doktor ini, ada tertulis "Anak-anak pesakit ini tidak mahu melawatnya kerana pesakit telah bercerai dan berpisah dengan isterinya. Selepas satu minggu memeriksanya, keadaannya memilukan. Saya bimbang sekiranya dia terpaksa melalui kehidupan dengan kemurungan yang tidak dirawat." Banyak masalah berlaku di Kuala Lumpur ini, terutama di kawasan tempat tinggal saya ini. Orang menderita dengan masalah, namun orang hanya tutup mata sahaja.

Kuala Lumpur
Seorang pekerja am membersihkan bumbung sebuah pusat membeli belah yang tumbuh mercup di Kuala Lumpur. AWANI / SHAHIR OMAR

BELANJA bulanan sangat merisaukan saya. Ubat-ubatan semakin mahal. Saya hanya berserah sahaja, untuk menghadapi semua masalah ini. Banyak benda perlu diuruskan. Saya tidak lagi boleh pinjam dengan Ah Long. Kadang-kadang mereka hubungi saya untuk minta saya segerakan pembayaran hutang. Saya sangat risau jikalau mereka secara tiba-tiba sergah rumah saya dan minta wang. Saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh mengharunginya. Kalau saya meninggal dunia, saya mahu meninggal dengan tenang.

SAYA kurang tidur sejak tiga tahun lalu. Saya menangis siang malam kerana sakit yang amat sangat. Jiran saya pun tahu hal ini. Setiap pagi saya akan 'melompat-lompat' dengan tongkat untuk memasak air. Kadang-kadang sakit juga terkena percikan air panas. Untuk ke tandas pun susah.

TANGISAN saya tidak boleh disorok apabila berjumpa doktor. Saya tidak boleh lagi menahan kesakitan. Doktor saya sangat baik. Beliau ada kemahiran yang sangat tinggi. Namun, untuk melakukan pembedahan yang baik, perlu wang yang 'baik' juga.

ADA juga doktor tanya saya kenapa tidak potong saja kaki ini, memandangkan masalah tulang saya sudah sampai ke bahagian lutut, dan ia akan memberi kesan kepada organ hati. Saya harap Kementerian Pertahanan akan membantu saya dengan meluluskan bantuan RM156,000 untuk masalah organ hati dan lain-lain kesihatan.

JIRAN saya sangat baik. Dia sentiasa mengambil berat. Dia akan tanya "Joseph, tengah buat apa itu? "Adakah awak okay?" "Awak ada jatuh mana-manakah?" Jiran saya sering tidur lambat, dalam pukul 3 atau 4 pagi. Bagus jugalah untuk saya. Hahaha! Saya pastikan tingkat rumah saya terbuka untuk dia jenguk-jenguk kalau terjadi apa-apa kepada saya. Dia juga ada kereta, dan pernah hantar saya ke hospital jika saya tidak boleh guna motosikal saya atau tidak mampu untuk membayar duit teksi.

Saya ada kawan Melayu. Mereka banyak tolong saya ketika saya berada di hospital selama 50 hari. Kami ibarat sebuah keluarga, kami saling tolong-menolong kerana kami sama-sama sakit.

SAYA ada kawan Melayu. Mereka banyak tolong saya ketika saya berada di hospital selama 50 hari. Kami ibarat sebuah keluarga, kami saling tolong-menolong kerana kami sama-sama sakit. Mereka baca Al-Quran; saya baca Bible. Kami sudah macam keluarga kerana kami sama-sama menderita.

BEBERAPA kumpulan sudah saya jumpa untuk minta bantuan namun banyak yang tolak. Minta maaf kalau saya kata begini: Kenapa apabila wanita menangis, secara automatik bantuan akan datang? Saya keliru. Kenapa apabila wanita ada masalah, mereka dapat bantuan. Perlukah seorang lelaki menangis untuk mendapatkan bantuan?

PERDANA MENTERI adalah orang terbaik untuk saya berjumpa sekarang kerana saya tidak tahu lagi dengan siapa lagi saya boleh mengadu. Saya mahu bercakap dengan beliau untuk berkongsi masalah saya. Itu harapan saya, berjumpa dengan perdana menteri secara langsung. Beliau seorang perdana menteri yang baik. Saya tidak tahu apa yang orang lain cakap mengenainya tapi beliau bantu orang-orang seperti kami. Saya hanya memerlukan bantuan. Awak boleh tanya jiran saya, berapa kali saya jatuh dalam rumah saya sendiri.

Jika saya boleh patah balik ke masa lalu, saya hanya mahu meluangkan masa dengan anak perempuan bongsu saya.

JIKA saya boleh patah balik ke masa lalu, saya hanya mahu meluangkan masa dengan anak perempuan bongsu saya. Meluangkan bersamanya adalah detik paling gembira buat saya. Apabila dia datang ke rumah, dan jika ada sedikit duit saya akan bawa dia makan di luar. Saya suka lihat senyumannya apabila dia makan. Kemudian saya beri dia beberapa nasihat. Contohnya, jangan ada teman lelaki... hahaha. Namun sekarang dia pun ada masalah. Apabila dia tidak ada wang, dia tidak akan ke sekolah kerana takut. Sekolah juga penuh dengan tekanan baginya.

APA yang membimbangkan saya ialah saya tidak ada wang untuk hantar anak saya ke sekolah dengan bas sekolah. Saya sangat risau dengan pendidikannya. Sekarang dia Darjah Enam. Saya nasihat dia untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya kata kepadanya "Selagi ayah awak hidup, ayah akan terus membantu awak. Kalau ayah sudah tiada, tiadalah." Saya tidak boleh bayangkan keadaan itu.

SEBARANG bantuan saya terima. Saya sedia untuk ke hospital. Sekurang-kurangnya dengan menjalani beberapa rawatan dan pembedahan, saya boleh hidup lama sedikit dan melihat anak perempuan saya membesar. Dia seorang anak yang baik.