SETELAH perjalanan kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini kelihatan tersusun dengan baik, Pas secara tiba-tiba menggugurkan ‘bom pemusnah pakatan’ melalui isu Hudud. Kenyataan Dr Harun Din, calon Pas Parlimen Arau itu memperlihatkan Pas masih tidak berubah. Apabila mula merasakan sokongan kepada mereka terjejas, Pas akan cepat-cepat mengeluarkan senjata sulit Hudud sekalipun mereka tahu bahawa senjata itu akan memusnahkan kesepakatan dalam Pakatan.
Dalam hal ini, Pas dilihat amat mementingkan diri. Namun, itu adalah perspektif kumpulan yang gagal melihat Pas dari dalam diri pemimpin dan pengikut Pas. Ahli Pas sejati tidak menganggap tindakan mereka adalah silap atau tidak menghormati kompromi dengan parti-parti lain dalam Pakatan. Kepada mereka, itu adalah siasah dan strategi memenangi perang yang dibenarkan dalam Islam sekalipun menyakitkan hati rakan-rakan dalam Pakatan.
Isu Hudud kali ini telah mengharu birukan DAP. Kesan pertamanya di Johor, dengan tekanan disiplin ke atas Norman Fernandez selaku orang nombor dua DAP yang mengeluarkan kenyataan anti-Pas. Adakah Pas melupakan sejarah PRU2004 di mana BN hampir menyapu bersih kerusi-kerusi utama Parlimen dan DUN akibat isu-isu yang dimainkan dalam pusingan akhir berkempen.
Beberapa isu menarik perhatian dalam PRU kali ini kerana persamaannya dengan isu yang dimainkan dalam PRU 2004. Pada masa itu, Hadi Awang pernah menyindir bekas Perdana Menteri Pak Lah. Pak Lah dituduh berdoa dan menjadi imam tetapi tidak ikhlas tapi untuk menunjuk-nunjuk.
Ini ekoran foto-foto Pak Lah mengimamkan sembahyang beredar di akhbar-akhbar utama. Manakala Nik Aziz dalam PRU 13 ini menyatakan ‘sembahyang orang UMNO tidak berpahala’.
Dalam pertentangan pendapat yang mengiringi PRU 2004, Hadi menuduh Karpal sebagai ‘ubat tamat tempoh’. Manakala dalam PRU kali ini foto-foto Nik Aziz diusung menjadi bahan menarik untuk media seakan-akan membalas semula tuduhan Hadi ke atas Karpal.
Dari segi tuduhan berasaskan ideologi pula, berlaku beberapa versi yang sebenarnya hanyalah babak ulang tayang dalam pilihan raya 2004. Pada masa itu, Nik Aziz menuduh perjuangan sosialis Parti Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Dr Syed Husin Ali sebagai ‘adik kepada komunis’. Tuduhan ini timbul apabila nama Syed Husin dicalonkan PKR untuk kerusi Parlimen Kota Bharu. Sudah pasti tuduhan ini amat melukakan Syed Husin dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah.
Belum lagi luka 2004 sembuh sepenuhnya, maka Pas melalui Haji Hadi sekali lagi mengingatkan para pengundi tentang calon-calon PKR yang ‘menjual pil kuda dan menjunjung ideologi komunis’. Dari segi perancangan dan masa, tuduhan dilontarkan itu hampir benar dengan waktu tuduhan dibuat semasa PRU 2004, iaitu apabila Pas inginkan calon mereka diletak di kawasan-kawasan yang dianggap telah diganggu oleh PKR.
Dengan keadaan tidak bersepakat dan tidak tersusun itu, parti-parti dalam Barisan Alternatif pada masa itu telah mengalami kekalahan yang teruk. Adakah keputusan yang sama akan berulang dalam PRU13 ini?
Dalam hal ini, beberapa pandangan boleh dikemukakan untuk menyokong jangkaan kemenangan BN. Berlawanan dengan kajian UMCEDEL, yang meletakkan Anwar lebih popular dari Najib, persepsi di lapangan nampaknya sangat berbeza.
Mengambil contoh pergerakan tokoh yang masih berpengaruh dalam BN sudah menunjukkan perbezaan yang ketara ke arah kemenangan BN yang lebih besar. Antara yang sangat jelas kehadiran Tun Daim Zainudin yang memberikan sokongan kepada UMNO dan BN. Malah beliau sendiri dilihat telah turun padang berkempen di kawasan Parlimen Merbuk, yang pernah diwakilinya.
Tun Daim, sekalipun seorang tokoh perniagaan Melayu dan Bumiputera ternama bukan lah simbol untuk pengundi Melayu sebaliknya sering dirujuk sebagai petanda kembalinya sokongan kaum perniagaan dan korporat Cina di Malaysia.
Kepada pemerhati yang cekap mereka akan menganggap turunnya Tun Daim berkempen sebagai kembalinya sokongan kumpulan perniagaan berpengaruh dalam kalangan kaum Cina. Sekiranya fakta saya tidak silap, Tun Daim tidak berkempen sewaktu PRU12, 2008.
Pulangnya Tun Mahathir dengan menjadi sebahagian tulang belakang utama kempen Datuk Sri Najib juga menandakan sokongan tokoh politik Melayu yang menjauhi kepimpinan Negara semasa PRU 2008. Seringkali disebutkan bahawa Anwar Ibrahim akan sanggup berdebat di televisyen dengan sesiapa sahaja di Malaysia ini, melainkan Tun Mahathir. Sebab itu tidak pernah dilaporkan cadangan perdebatan antara Anwar dan Tun di media-media pembangkang. Begitu lah besarnya pengaruh Tun Mahathir, yang masih dikagumi dan digeruni oleh Pakatan Rakyat.
Dengan tanda-tanda yang jelas, beserta dengan persamaan isu yang membelit dan mengusut- masaikan Pakatan Rakyat, maka adalah diyakini bahawa BN akan memenangi malah mungkin mampu menikmati kemenangan dua pertiga dalam PRU kali ini.
________________________________________________________
Umar Zain ialah pensyarah kaunseling di Universiti Utara Malaysia (UUM). Tulisan ini dipetik daripada blog Suaris — Suara Intelek Semasa di http://suaris.wordpress.com. Ia adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro Awani.
Umar Zain
Wed May 01 2013
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).