SAYA ada pengakuan — dalam seminggu, selalunya saya akan menonton empat atau lima buah filem, baik di panggung wayang mahupun melalui DVD atau siaran televisyen di rumah. Saya menonton apa saja filem; daripada filem klasik dunia sampailah kepada animasi dan dokumentari, cerita-cerita aksi dan gangster dari Korea Selatan, Hong Kong dan China sampailah kepada kisah asyik-mahsyuk dari Bollywood.
Ada DVD yang saya tonton tetapi cerita belum sampai separuh, saya buang. Namun, ada juga yang saya tonton berulang-ulang — adakalanya antara dua atau tiga kali setahun, misalnya City Lights, The Kids dan The Great Dictator arahan Charlie Chaplin atau apa saja filem arahan Woody Allen dan adik-beradik Coens.
Baru-baru ini, saya menonton ulang cerita The Insider arahan Michael Mann. Filem itu menampilkan lakonan mantap Al Pacino dan Russell Crowe. Ia diangkat daripada kisah benar tentang program televisyen 60 Minutes terbitan CBS mengenai pendedahan Dr. Jeffrey Wigand berhubung penipuan industri rokok.
Program itu sepatutnya disiarkan di televisyen tetapi mendapat bantahan daripada pemilik stesennya yang juga ada kaitan dengan sebuah syarikat rokok. Selebihnya, kerana bimbangkan kemungkinan syarikat tembakau Brown & Williamson akan mengemukakan saman yang akan merugikan syarikat. Hanya beberapa bulan sebelum itu, ABC disaman oleh Philip Morris dan RJ Reynolds. Saman berjumlah berbilion dolar itu diselesaikan di luar mahkamah apabila ABC menarik balik laporannya dan meminta maaf kepada dua syarikat rokok tersebut.
CBS bagaimanapun hanya menyiarkan wawancara dengan Wigand lebih dua bulan kemudian selepas pendedahan media mengenai tapisan ke atas laporan penyiasatan itu serta tekanan umum setelah dituduh melacurkan kredibiliti 60 Minutes sebagai sebuah program berita,
Saya menonton semula filem itu baru-baru ini — dan menontonnya dua kali dalam masa 10 hari — selepas membaca buku Heat & Light: Advice for the Next Generation of Journalists. Buku itu ditulis oleh Mike Wallace, wartawan CBS yang cukup dihormati yang mengendalikan program 60 Minutes selama 37 tahun. Dia menulis buku itu bersama Beth Knobel, seorang pensyarah kewartawanan di Universiti Fordham di New York City yang sebelumnya pernah jadi wartawan CBS.
Wallace meninggal dunia minggu ini genap setahun lalu. Dia tutup usia pada umur 94 tahun. Empat tahun sebelum kematiannya, dia masih mengacarakan 60 Minutes dengan wawancaranya yang terakhir pada Januari 2008. Dia adalah wartawan yang bekerja sampai mati.
Biarpun melalui kerjaya yang penuh gemilang — dia menang 21 Anugerah Emmy untuk laporan beritanya terutama melalui 60 Minutes — pada kematiannya, Wallace turut diingati kerana laporan penyiasatan mengenai bahaya rokok yang disunting atas arahan korporat dan disimpan lebih dua bulan. Dia dituduh khianat kepada kewartawanan.
David Blum yang merakamkan sejarah rancangan berita CBS itu dalam bukunya, Tick ... Tick ... Tick: The Long Life and Turbulent Times of 60 Minutes mencatatkan bagaimana insiden tersebut telah memecahkan karyawan program itu kepada sekurang-kurangya dua kem. Selebihnya, selepas filem The Insider terbit, arang yang menconteng imej dan kredibiliti 60 Minutes jadi lebih tebal.
Episod campur tangan korporat itu turut mengeruhkan hubungan Wallace dengan dua orang yang selama ini kuat mendokong dan membantu penampilannya dalam 60 Minutes iaitu penerbit Lowell Bergman dan penerbit eksekutif, Don Hewitt yang juga merupakan pencetus idea program berkenaan. Watak Bergman dalam The Insider dimainkan oleh Al Pacino manakala Hewitt dilakonkan oleh Philip Baker Hall.
Hewitt berkerat rotan dengan Wallace kerana hal-hal lain tetapi episod laporan mengenai bahaya rokok itu menambah keruh hubungan itu. Bergman pula berpatah arang dengan Wallace kerana merasakan wartawan yang dia hormati, yang selalu bertanyakan soalan-soalan yang sukar kepada orang yang diwawancaranya, sudah hilang taring.
Bergman tidak percaya bahawa inilah wartawan yang mengejutkan Amerika Syarikat dengan soalan-soalannya kepada Nancy Reagan, isteri kepada Presiden Ronald Reagan. Dialah wartawan yang dengan tenang dan berani bertanya kepada Ayatollah Khomenei "adakah tuan gila?". Bergman tidak percaya inilah orang yang memberi syarahan kepada Vladimir Putin tentang rasuah dan kepada Yassser Arafat, tentang keganasan.
Episod hitam dalam sejarah 60 Minutes itu adalah bukti bahawa sekatan ke atas media tidak hanya datang daripada penguasa tetapi adakalanya daripada syarikat korporat termasuk pemilik media. Ia juag boleh datang daripada pengiklan seperti yang pernah berlaku ke atas akhbar Los Angeles Times apabila syarikat kereta, GM Motors menarik iklannya selama empat bulan pada tahun 2005. Pendek kata, kebebasan media dan sekatan ke atas media adalah isu yang sangat kompleks.
Tetapi untuk berlaku adil kepada Wallace, apa yang kita saksikan dalam filem The Insider itu adalah cerita yang ditokok tambah dengan lesen kreatif. Wallace mengaku dia tidak gembira dengan episod berkenaan yang jadi bab hitam dalam sejarahnya sebagai seorang wartawan. Namun dia juga tidak bersetuju dengan paparan dalam filem itu yang terlalu berlebihan.
Noor Azam Shairi
Thu Apr 04 2013
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.