Esok, Sabtu, 8 Februari 2014, ialah ulang tahun ke-111 kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemimpin ulung ini bukan sahaja memimpin negara ke arah kemerdekaan. Beliau juga merupakan tokoh yang berjaya menyatukan empat entiti -- Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya - menjadi satu dalam Persekutuan Malaysia.
Institute for Democracy and Economic Afairs (IDEAS) dilancarkan pada tarikh yang sama dalam tahun 2010. Kami memilih tarikh yang sama dengan tarikh lahir Almarhum Tunku kerana kami berkongsi visi dengan beliau.
Dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan juga dalam Pemasyhuran Malaysia 1963, Almarhum Tunku mempertegaskan bahawa negara ini akan kekal menjadi sebuah negara demokratik yang berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan, manakala peranan negara pula ialah menjaga kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat setiap masa. IDEAS ditubuhkan untuk menghidupkan kembali visi Tunku yang liberal ini.
Liberalisme bukan satu konsep yang asing buat Malaysia. Ia sebenarnya merupakan falsafah yang mendefinisikan negara ini sejak awal penubuhannya lagi. Ia merupakan falsafah penubuhan begara kita. Mungkin ada yang terlupa perkara ini, tetapi sejarah negara menunjukkan dengan jelas bahawa inilah yang dimasyhurkan oleh Almarhum Tunku pada tahun 1957 dan1963.
Di IDEAS, kita istiqamah untuk menghidupkan kembali visi liberal Almarhum Tunku. Kami sentiasa berhati-hati untuk tidak terperangkap dalam pengkajian sejarah semata-mata. Kerana itulah kami sengaja tidak mahu mengulang-ulang apa yang telah Almarhum Tunku katakan. Sebaliknya, kami cuba membawa pemikiran beliau ke arus perdana dalam konteks cabaran kontemporari. Kami mahu idealisme Almarhum Tunku dilaksanakan, bukan hanya disebut-sebut sahaja.
Sekarang kami sedang bersedia untuk menganjurkan satu majlis khas sempena ulang tahun ke 111 kelahiran Almarhum Tunku pada hari Sabtu nanti. Dalam itu, saya terfikir juga, jika Tunku masih hidup, apa lah agaknya yang akan beliau katakan mengenai Malaysia pada hari ini?
Pada bulan Ogos 1975, beliau menulis bahawa “... terlalu banyak penekanan diberikan kepada Bumiputera, dan tidak cukup kepada Bangsa Malaysia. Ini menyukarkan kita menyemai rasa cinta Malaysia di kalangan rakyat. Usaha-usaha menanam rasa patriotik dalam masyarakat kita yang majmuk menjadi terhakis akibat daripada penekanan yang salah ini.”
Pada tahun 1983 pula, beliau berkata “Di kalangan orang Melayu, ada yang mahu Malaysia menjadi negara Islam. Ini akan menyisihkan kesetiaan orang bukan Islam kerana mereka akan merasa bahawa mereka tiada tempat di Malaysia kerana Malaysia menjadi untuk orang Islam sahaja. Sebuah negara yang berpecah akhirnya akan hancur dan berkecai. Tiada sesiapa yang mahukan ini terjadi pada negara kita.”
Malahan, ada pandangan beliau yang agak keras juga. Almarhum Tunku pernah berkata “Apabila saya mendengar orang-orang UMNO menjerit sekuat-kuatnya menuntut hak Melayu, saya tersentak dan merasa seolah-olah negara ini mundur ke zaman sebelum merdeka. Ini jauh sekali daripada era perjuangan kemerdekaan dan kita menang. Jadi, saya terfikir, adakah kita mara ke hadapan atau tergelincir ke belakang?”
Jika Almarhum Tunku masih hidup untuk melihat betapa agresifnya sesetengah pihak pada hari ini, saya yakin beliau akan tidak senang hati. Malahan, saya rasa beliau akan bersedih melihat betapa tiada kepimpinan yang dapat disaksikan sekarang ini untuk mempertahankan nilai-nilai liberal toleransi dan keharmonian yang beliau perjuangkan sekian lama.
Dalam saya memikirkan mengenai perjalan IDEAS selama empat tahun lepas, saya perlu akui bahawa saya sebenarnya menjadi semakin bimbang dengan masa depan negara kita. Semenjak Dato Sri Najib mengambil alih kerusi Perdana Menteri, kerajaan banyak memberi fokus untuk menangani masalah-masalah yang tidak terlalu sukar untuk diselesaikan. Kini isu-isu tersebut sudah tidak banyak lagi. Maka proses transformasi nampaknya menjadi amat perlahan kerana wujud kekangan politik di sana sini. Kita tidak lagi mara ke hadapan seperti seharusnya.
Di tengah-tengah cabaran yang semakin getir itu, PKR pula tiba-tiba dengan sengaja memaksa diadakan sebuah pilihanraya kecil yang sebenarnya tidak perlu. Tatkala negara memerlukan proses penyatuan nasional, PKR dengan tak semena-mena mencipta ruang ke arah perbalahan.
Kita memerlukan pemimpin yang benar-benar boleh mengubah masa depan negara. Kita perlukan pemimpin yang boleh memastikan Malaysia bergerak ke hadapan menjadi sebuah negara maju berteraskan visi Almarhum Tunku, iaitu sebuah negara berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan yang meletakkan kebahagiaan rakyat sebagai agenda paling utama. Saya tidak nampak siapa di kalangan pemimpin hari ini yang benar-benar menghayati visi ini.
Jadi, dengan latar belakang itu, saya ingin menjemput para pembaca untuk bersama kami untuk menyambut ulang tahun kelahiran Almarhum Tunku yang ke-111 dan ulang tahun IDEAS yang ke-empat pada hari Sabtu 8 Februari ini. Majlis khas tersebut akan diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, bermula jam 9.45 pagi.
Tema kami pada kali ini ialah “Adakah Kerajaan Serius Dengan Proses Transformasi?”. Kita akan mendengar daripada Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Ambrin Buang, Dto Seri Idris Jalan dan Dato Paul Low. Saya berjanji saya akan berusaha sedaya upaya untuk membuat mereka membicarakan perkara kontroversial!
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web kami www.ideas.org.my. Sila datang awal kerana tempat duduk adalah terhad. Tetapi, jika dewan majlis nanti penuh sekali pun, Memorial Tunku Abdul Rahman merupakan tempat yang amat sesuai untuk dilawati pada hari istimewa tersebut.
___________________
Wan Saiful Wan Jan ialah Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs.
Wan Saiful Wan Jan
Fri Feb 07 2014
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Hak kanak-kanak pelarian, pencari suaka dapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan perlu dilindungi
Hak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah antara dua hak asasi kanak-kanak.
COVID-19: Sistem pendidikan perlu lebih bersedia untuk krisis di masa hadapan - IDEAS
Pelan tindakan krisis perlu diformulasikan supaya sistem pendidikan lebih bersedia sekiranya ada lagi kecemasan atau krisis di masa hadapan.
Edarkan peranti elektronik kepada pelajar, tingkatkan PnP melalui televisyen - IDEAS
Lanjutan PKP akan mengakibatkan penutupan sekolah lebih lama, dan memberi impak besar kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
COVID-19: Tingkatkan akses pendidikan kepada pelajar miskin, orang Asli dan pelajar OKU - IDEAS
Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
#MalaysiaMemilih: Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia
Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien.
Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat - Wan Saiful
Kepercayaan rakyat terhadap badan-badan ini semakin menghakis kerana mereka berasakan ada campur tangan unsur-unsur politik dalam badan ini.
Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?
Tindakan menubuhkan parti baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
Pakatan baharu perlu dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak bersifat 'ad hoc' atau ia akan terkubur seperti Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Cadangan Azmin sebagai MB oleh PAS tindakan yang betul - Wan Saiful IDEAS
Katanya Azmin merupakan calon yang lebih sesuai kerana jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan akan timbul.
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEAS
Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi ADUN Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.