MANUSIA mati meninggalkan nama; penyair mati meninggalkan puisi.
Penyair Indonesia, Wiji Thukul, meninggalkan puisi-puisi yang cukup istimewa kerana puisi-puisi itu jadi simbol kebangkitan rakyat yang berani melawan tirani. Sepanjang hari-hari rusuh semasa gerakan Reformasi menurunkan Suharto dari takhta kuasa sekitar Mei 1998, sajak-sajak Thukul dibaca dalam rapat umum untuk meniupkan semangat rakyat sementara baris-baris puisinya jadi slogan demonstrasi mahasiswa.
Ada beberapa slogan yang diangkat daripada puisi-puisi Thukul seperti "Satu mimpi, satu barisan" atau "Apabila engkau memaksa diam, aku siapkan untukmu: pemberontakan!" atau “Jika kau menghamba kepada ketakutan, kita memperpanjang barisan perbudakan”.
Tetapi ada satu slogan yang teratas daripada semuanya, yang dicuplik daripada sajak yang berjudul Peringatan — "Hanya ada satu kata: Lawan!". Kalimat itu tidak hanya jadi penanda zaman tetapi seperti grafiti di serata kota Paris pada Mei 1968, slogan yang dilaungkan di Jakarta pada Mei 1998 itu kemudiannya menjadi ikon penanda kebangkitan rakyat melawan ketidakadilan.
Selepas 15 tahun waktu bergulir dan pemimpin berganti, puisi-puisi Thukul kekal jadi slogan perlawanan tetapi sehingga hari ini dia terus hilang.
Namanya tercatat sebagai sebahagian daripada statistik korban mangsa penculikan rejim Orde Baru — hidup atau mati, tidak ada siapa yang tahu. Di kalangan teman-temannya, mereka percaya Thukul belum mati dan suatu hari nanti akan pulang. Isterinya juga percaya begitu.
"Suami saya hilang. Kalau dibilang mati, di mana jasadnya," kata isteri Thukul kepada wartawan majalah Tempo dalam satu pertemuan di kampungnya di Solo pada Mac lalu.
Majalah mingguan Tempo yang terbit minggu ini mengangkat kisah hidup Thukul dan cuba menjejak semula misteri kehilangan penyair itu. Ia memilih Thukul sebagai potret yang mewakili mereka yang dianiaya pada penghujung pemerintahan Suharto. Pada kata pengantar laporan panjang itu, Tempo menulis: "Kami harus memilih... Thukul adalah zoom-in yang kami pakai untuk melihat konteks yang lebih besar, yakni pelanggaran hak asasi manusia di akhir rejim Orde Baru."
Ketika penentangan terhadap rejim Suharto mula meningkat, Thukul jadi orang buruan. Semasa jadi pelarian, kepada anaknya dia menulis sebuah sajak:
Wani,
bapakmu harus pergi
kalau teman-temanmu tanya
kenapa bapakmu dicari-cari polisi
jawab saja:
"karena bapakku orang berani"
Thukul dikehendaki oleh pemerintah kerana — seperti namanya yang bermakna "biji tumbuh" — dia menyebarkan benih-benih penentangan terhadap sebuah kerajaan yang zalim, rasuah dan menyeleweng serta tidak hormat kepada hak asasi manusia, dan selebihnya, terasing daripada realiti rakyat.
jika kami bunga
engkau adalah tembok
tapi di tubuh tembok itu
telah kami sebar biji-biji
suatu saat kami akan tumbuh bersama
dengan keyakinan: engkau harus hancur!
Tetapi laporan khas Tempo itu tidak hanya memperihalkan tentang kehilangan Thukul — soal kenapa dan bagaimana dia hilang, serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjejakinya. Ia juga mengupas kepenyairan Thukul — menelusuri riwayat bagaimana anak penarik beca itu tumbuh menjadi seorang aktivis dan kemudiannya seniman rakyat.
Dalam menelusuri kepenyairannya, Tempo mengakui bahawa Thukul mungkin bukan penyair paling cemerlang yang pernah lahir di Indonesia. Memang benar, ada puluhan penyair lain sebelum dan selepasnya yang barangkali jauh lebih hebat dan menghasilkan karya-karya yang lebih puitis — tetapi Thukul cukup istimewa, dan hanya ada seorang saja Wiji Thukul.
"… Thukul adalah cerita penting dalam sejarah Orde Baru yang tak patut diabaikan: seorang penyair yang sajak-sajaknya menakutkan sebuah rejim dan kematiannya sehingga kini jadi misteri," tulis Tempo dalam kata pengantar bertajuk Tragedi Seorang Penyair itu.
Thukul seorang penyair yang berbicara langsung kepada khalayaknya. Deria rasanya tajam, tetapi penulisannya lebih tajam lagi.
jika tak ada mesin ketik
aku akan menulis dengan tangan
jika tak ada tinta hitam
aku akan menulis dengan arang
jika tak ada kertas
aku akan menulis di dinding
jika menulis dilarang
aku akan menulis dengan pemberontakan
dan tetes darah
Apa yang dilakukan oleh Tempo adalah satu usaha melawan lupa, menolak lupa. Ia mengetengahkan Thukul yang hilang jasadnya tetapi tidak pernah ghaib daripada catatan penuh tentang sejarah Indonesia — biarpun seperti kata Goenawan Mohamad dalam Catatan Pinggirnya: "Wiji Thukul adalah sebuah catatan kaki."
Majalah Tempo mengangkat riwayat Thukul sebagai satu episod penting dalam sejarah moden Indonesia untuk jadi pengajaran dan teladan kepada generasi hari ini. Selebihnya, ia juga jadi peringatan kepada pemerintah bahawa masih ada hal-hal yang tidak selesai dan perlu ia selesaikan.
Ini adalah laporan panjang Tempo yang kedua pada tahun ini yang mengangkat tokoh penting dalam sejarah republik itu. Pada akhir April lalu, ia mengangkat riwayat hidup tokoh wanita Raden Ajeng Kartini dengan tajuk Feminis Dari Balik Tembok. Laporan panjang itu adalah lanjutan daripada siri laporan khas yang dilakukan oleh Tempo sejak lebih 10 tahun lalu yang dikerjakan dengan penuh sedar dan peka bahawa sejarah adalah cermin untuk generasi hari ini mengenal diri sendiri serta mengenal kekuatan bangsanya.
Ia pernah melakukan itu melalui laporan panjang tentang tokoh-tokoh pendiri republik seperti Sukarno, Mohamad Hatta, Sutan Sjahrir dan Tan Malaka. Dalam melakukan upaya melawan lupa itu, ia juga tidak memadamkan sejarah dengan mengetepikan tokoh-tokoh yang mungkin tidak dipersetujui oleh sejarah yang lurus dan rasmi apabila turut mengangkat tokoh-tokoh komunis seperti Aidit, Musso, Sjam dan Njoto dalam siri yang dinamakan Orang Kiri Indonesia.
Selebihnya, ada juga tokoh-tokoh agama seperti Mohamad Natsir, Sekarmadji Maridjan Kartosoewirjo, Teungku Daud Beureueh dan Wahid Hasyim serta tokoh tentera, Jeneral Soedirman yang berjuang semasa revolusi menentang Belanda dan Sarwo Edhie Wibowo yang terlibat dengan peristiwa cubaan rampasan kuasa pada September 1965.
Tahun lalu juga, majalah itu melakukan ikhtiar untuk mencari kebenaran apabila menyingkap semula peristiwa berdarah 1965 dengan melihat episod itu dari kaca mata mereka yang melakukan pembantaian ke atas aktivis haluan kiri dan komunis.
Apa yang dilakukan oleh Tempo adalah memberi ingatan — sejujur mungkin — tentang tokoh-tokoh penting dalam sejarah republik itu serta melihat mereka dari sisi yang lain, yang barangkali tidak dicatatkan dalam buku teks di sekolah. Dalam melakukannya, ia bukan bernostalgia atau melebih-lebihkan tokoh tertentu dan melupakan tokoh-tokoh yang lain yang juga ada peranan dan tempatnya dalam sejarah.
Ia melakukannya kerana sejarah yang dilupakan adalah kutukan bagi mereka yang lalai, dan kerana itulah upaya melawan lupa atau menolak lupa itu cukup penting dalam usaha pembentukan bangsa.
Pertengahan Mei adalah tempoh yang cukup penting dalam sejarah Indonesia kerana dari situlah sejak 15 tahun lalu, ia lepas landas menuju Demokrasi. Pertengahan Mei juga ada makna yang tersendiri dalam sejarah tanah air ini. Ia batu tanda penting dalam sejarah negara kita kerana kesan daripada peristiwa berdarah di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 telah membentuk segala dasar yang menjadi asas dan amalan politik, sosial dan ekonomi negara ini sehingga sekarang.
Itu sebabnya kita juga harus melawan lupa.
Noor Azam Shairi
Thu May 16 2013
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Muzium Sarawak jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan
Abdul Karim berkata, muzium bukan hanya untuk mempamerkan barangan purba malah tempat untuk mempelajari sejarah dan khazanah.
Melaka rancang pameran berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei
Ab Rauf berkata hasil kajian dijalankan penyelidik mendapati Hang Tuah merupakan seorang diplomat yang cukup hebat pada kurun ke-15.
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Piala Asia: Kemenangan pertama bawa Palestin ke pusingan kalah mati
Penyerang Oday Dabbagh muncul pemain paling menonjol apabila menjaringkan dua gol.
[KOLUMNIS] Kisah Jawi: Anak tiri atau anak jati?
Di Malaysia usaha memartabatkan tulisan Jawi bermula pada era 50-an apabila kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi pada surat beranak.
Pelajar Jepun ambil iktibar kisah Pertempuran Kampar, lihat tinggalan perang
Pelancongan berasaskan sejarah dapat mendedahkan kepada rakyat Jepun cerita sebenar, kerana penceritaan di negara mereka mungkin berbeza.
India rampas barangan antik bernilai lebih AS$3 juta
Rampasan itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan DRI untuk melindungi warisan budaya global.
Ahmad Zahid cipta sejarah, hadir Persidangan Tahunan DAP
Persidangan Tahunan DAP 2023 melakar sejarah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri persidangan itu buat kali pertama.
Kekal guna silibus Sejarah sedia ada - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setiap silibus digunakan untuk pelajar dalam negara mengikut kitaran tempoh ditetapkan.
Kalau apa yang saya cakap salah, buktikan - Dr Mahathir
Kata Dr Mahathir, jika benar kenyataannya itu salah, ia harus dibuktikan.