<![CDATA[Foto - Astro Awani]]> http://www.astroawani.com/ https://static.astroawani.com/images/astro_awani_logo.png Astro Awani 248 146 <![CDATA[Taufan Mangkhut 255km/j membadai Filipina]]> (8 Foto)
Angin kuat dan hujan lebat menjejaskan bangunan komersial dan perniagaan apabila Taufan Mangkhut melanda bandar Tuguegarao, wilayah Cagayan, timur laut Filipina, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Pengguna kenderaan awam meredah hujan lebat dan angin kencang susulan Taufan Mangkhut yang melanda timur laut Filipina, di Manila, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Penunggang motosikal meredah hujan dan angin kencang yang dibawa Taufan Mangkhut di Manila, Filipina, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Penunggang motosikal meredah hujan dan angin kencang yang dibawa Taufan Mangkhut di Manila, Filipina, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Laut bergelora dan ombak kuat susulan Taufan Mangkhut yang melanda timur laut Filipina pada awal pagi, di Manila, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Seorang petugas trafik menjalankan tugas di sebatang jalan yang dilimpahi banjir susulan Taufan Mangkhut di Manila, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Seorang penduduk melihat keadaan gerai yang musnah di sebuah pasar akibat angin kencang susulan Taugan Mangkhut di bandar Tuguegrao, wilayah Cagayan, timur laut Filipina, 15 Sept, 2018. (Foto AP) Penduduk pesisir pantai Baseco mangsa Taufan Mangkhut menunggu untuk menerima bubur nasi di sebuah pusat perlindungan sementara di Manila, 15 Sept, 2018. (Foto AP) ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/taufan-mangkhut-melanda-filipina-4833 Tue, 18 Sep 2018 13:38:39 +0800 4833
<![CDATA[Corat-coret Forum Ekonomi Dunia ASEAN 2018]]> (9 Foto)
Presiden Singapura, Lee Hsien Loong (dua dari kiri) dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (tiga dari kiri) tiba di salah satu sesi berjudul, Menteri Luar Republik Korea, Kang Kyung-Wha dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazri Razak bersalaman sewaktu sidang media Pengerusi Bersama di Forum Ekonomi Dunia ASEAN 2018 Hanoi, Vietnam pada 12 September 2018. - Sumber foto Flikr/WEF Sri Mulyani Indrawati, Menteri Kewangan Indonesia menjawab soalan media sewaktu satu sidang yang menampilkan penaung-penaung bersama sewaktu Forum Ekonomi Dunia ASEAN di Hanoi, Vietnam pada 12 September, 2018. Turut hadir termasuk Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Plan International, Anne Birgitte Albrectsen, Pemangku Menteri Maklumat dan Komunikasi Vietnam, Nguyen Manh Hung dan Rakan Pengurusan Global, McKinsey and Company, Hong Kong China, Kevin Senader. - Sumber foto Flikr/WEF Para peserta di sesi Datuk Yasmin Mahmood Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) semasa sesi Pembaca berita Kanan Deustche Welle Jerman, Amrita Cheema, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC), Rajan Anandan, Pengarah Urusan, South-East Asia dan Google India, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman, Timbalan Presiden Pejabat Perkembangan Bisnis, Institut Perdagangan Antarabangsa, Annie Koh, Ketua Pegawai Eksekutif VNG Corporation, Le Hong Minh sewaktu sesi, Open Forum: ASEAN 4.0  for All? di Forum Ekonomi Dunia ASEAN di Hanoi, Vietnam pada Sept 11, 2018.  Sumber foto Flikr/WEF Salah seorang peserta Forum Ekonomi Dunia ASEAN 2018 mengajukan soalan kepada salah seorang panel di Forum Terbuka: ASEAN 4.0 For All? yang bertempat di Dewan Plenary di Pusat Konvensyen Nasional di Hanoi, Vietnam. Dua panelis Malaysia merupakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood. Forum terbuka yang berlangsung pada 11 September lalu, dihadiri oleh delegasi tempatan, antarabangsa dan graduan universiti. - Foto flickr/WEF Moderator, Kamarul Bahrin Haron mengacara sesi berjudul, ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/corat-coret-forum-ekonomi-dunia-asean-2018-4832 Thu, 13 Sep 2018 06:25:22 +0800 4832
<![CDATA[PRK Undi Awal]]> (8 Foto)
Kapten Rohayu Shahrudin menunjukkan jari yang telah ditanda selepas membuang undi awal sempena Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia N.32 di Dewan Ababil. - Astro AWANI/Shahir Omar PRK DUN Seri Setia diadakan susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos 2018 akibat kanser usus. - Astro AWANI/Shahir Omar Anggota tentera membuang undi awal sempena Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia N.32 di Dewan Ababil pada 4 September 2018. - Astro AWANI/Shahir Omar Selepas proses pengundian awal selesai, kertas-kertas undi akan disimpan di lokap balai polis. - Astro AWANI/Shahir Omar Anggota tentera dan isteri mereka mula beratur sejak jam 8 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, PU Subang. - Astro AWANI/Shahir Omar Isteri anggota tentera memeriksa saluran sebelum membuang undi awal sempena Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia N.32 di Dewan Ababil, Pangkalan Udara TUDM, Shah Alam. - Astro AWANI/Shahir Omar 2,770 pengundi awal yang terlibat merangkumi 2,597 anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 anggota polis bagi PRK Seri Setia. - Astro AWANI/Shahir Omar Anggota tentera beratur mengikut saluran sebelum membuang undi awal sempena Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia N.32 di Dewan Ababil, Pangkalan Udara TUDM, Shah Alam pada 4 Sept 2018. - Astro AWANI/Shahir Omar ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/prk-undi-awal-4830 Tue, 04 Sep 2018 14:10:24 +0800 4830
<![CDATA[Acara penutup Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang]]> (10 Foto)
Aksi pancaragam ketika acara penutup Sukan Asia 2018 di Stadium Gelora Bung Karno pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS/Athit Perawongmetha Bendera Indonesia dinaikkan ketika acara penutup Sukan Asia ke-18 pada 2 September 2018 di Jakarta,Indonesia. - AP Photo / Lee Jin-man Para atlet berjalan masuk ke ketika acara penutup Sukan Asia ke-18 pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - AP Photo / Dita Alangkara Delegasi Malaysia melihat persembahan dari artis ketika acara penutup Sukan Asia ke-18 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno pada 2 September 2018 di Jakarata, Indonesia. - REUTERS/Athit Perawongmetha Para atlet berjalan masuk ke Stadium Gelora Bung Karno sempena acara penutup Sukan Asia ke-18 pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS/Issei Kato Maskot rasmi Sukan Asia ke-18 turut serta untuk acara penutup Sukan Asia ke-18 itu pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - AP Photo / Lee Jin-man Sambutan meriah ketika acara penutup Sukan Asia ke-18 di Stadium Gelora Bung Karno pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS / Darren Whiteside Pengerusi eksekutif Alibaba Group, Jack Ma turut menyertai acara penutup Sukan Asia ke-18 pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - AP Photo / Dita Alangkara Wakil dari China mengibarkan bendera Majlis Olimpik Asia selepas diserahkan oleh wakil dari Indonesia sebagai simbolik penyerahan hak tuan rumah Sukan Asia untuk Sukan Asia 2022. Upacara penyerahan bendera ini berlangsung bersempena acara penutup Sukan Asia ke-18 pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS / Issei Kato Pertunjukan bunga api sempena acara penutup Sukan Asia ke-18 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno pada 2 September 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS / Willy Kurniawan ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/penutup-sukan-asia-2018-4829 Tue, 04 Sep 2018 09:24:38 +0800 4829
<![CDATA[Cukai SST bermula!]]> (9 Foto)
Seorang pelanggan, Fariha Harun, 35, menunjukkan resit jualan yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan kadar 6 peratus di sebuah pasar raya Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 1 September 2018. Sebanyak 5,612 barangan tertakluk di bawah pelaksanaan SST iaitu 10 peratus dan 793 barangan bagi Cukai Jualan. - fotoBERNAMA (2018) Orang ramai membeli-belah pelbagai barangan keperluan di sebuah pusat beli belah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 1 September 2018. Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyebabkan orang ramai melakukan pembelian pelbagai barangan secara terkawal. - fotoBERNAMA (2018) Rozita Hadzir, 36, menunjukkan resit pembelian selepas membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya ketika tinjauan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Shahab Perdana, Kuantan pada 1 September 2018. - fotoBERNAMA (2018) Dalam kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini, dinyatakan hanya 5,612 barangan tertakluk di bawah pelaksanaan SST iaitu 10 peratus dan 793 barangan bagi Cukai Jualan. - fotoBERNAMA SST bermula! Seorang pelanggan, Mohd Faris Hilmie Ali, 28, menunjukkan perbandingan harga bagi pesanan makanan yang sama di sebuah restoran di Kuantan, Pahang, sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). - Bernama Para peniaga dilihat mengekalkan harga ikan pada tinjauan di Pasar Minggu Satok walaupun pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula pada 1 September 2018. - fotoBERNAMA (2018) Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Jamil Salleh (kiri) membuat pemeriksaan di kilang minuman dalam Ops Catut 5.0 sempena perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018 di Shah Alam. - fotoBERNAMA (2018) Orang ramai berkunjung ke sebuah pasar raya selepas bermulanya pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. Membanding harga atau membeli-belah seperti biasa? -fotoBERNAMA (2018) Tinjauan ke atas para peniaga di Pasar Satok di Kuching, Sarawak mendapati mereka tidak menaikkan harga jualan walaupun cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sudah bermula.  - fotoBERNAMA (2018) ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/cukai-sst-bermula-4828 Sun, 02 Sep 2018 09:53:36 +0800 4828
<![CDATA[Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2018!]]> (10 Foto)
Jalur Gemilang berkibar megah! Sambutan Hari Kebangsaan 2018 berlangsung dengan meriah sepanjang Persiaran Perdana di pusat pentadbiran Putrajaya pada 31 Ogos 2018. - Astro AWANI / Shahir Omar Aset ketenteraan negara dipamerkan kepada umum sewaktu perarakan Hari Kebangsaan 2018 yang disambut di Putrajaya pada 31 Ogos 2018. - Astro AWANI / Shahir Omar Seorang perajurit negara membuat tabik hormat ketika perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya pada 31 Ogos 2018. - Astro AWANI / Shahir Omar Segak dan mantap! Acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Persiaran Perdana di pusat pentadbiran negara di Wilayah Persekutuan Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar Pertunjukan udara sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-61 yang kali ini disambut di pusat pentadbiran kerajaan di Wilayah Perseketuan Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar Kelihatan seorang kanak-kanak memakai pakaian beragam yang diperbuat daripada bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Persiaran Perdana di Wilayah Persekutuan Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar Acara bacaan ikrar dalam pakaian tradisional pelbagai etnik bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Persiaran Perdana, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 31 Ogos 2018. Astro AWANI / Shahir Omar Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memeriksa kawalan kehormatan Rejimen Askar Melayu Diraja sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-61 pada 31 Ogos 2018 di Wilayah Perseketuan Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar Perarakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama jentera mereka di Persiaran Perdana bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar Acara perbarisan dan perarakan sepanjang Persiaran Perdana sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 pada 31 Ogos di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. - Astro AWANI / Shahir Omar ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/kemeriahan-sambutan-hari-kebangsaan-ke-61-4827 Fri, 31 Aug 2018 15:59:51 +0800 4827
<![CDATA[Foto Terbaik Sukan Asia Jakarta Palembang 2018]]> (8 Foto)
Aksi Cho Seung-jae dari Korea Selatan dalam Wushu Kategori Daoshu Lelaki pada 20 Ogos 2018 di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, Indonesia.  - REUTERS/Beawiharta Qian Jiarui dari China gembira selepas menewaskan Kim Jiyeon dari Korea Selatan dalam acara lawan pedang kategori Sabre Individu Wanita pada 19 Ogos 2018 di Sukan Asia 2018 Jakarta, Indonesia - REUTERS/Beawiharta Aksi Jeon Hee Sook dari Korea Selatan dan Sera Azuma dan Sera Azuma dari Jepun dalam acara Lawan Pedang kategori Foil Individu Wanita di Sukan Asia 2018 pada 20 Ogos 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS/Beawiharta Shunsuke Terui dari Jepun menunggang kuda bernama Alias Max untuk acara Equestrian kategori Individu Dressage Individu St-George di Pusat Equestrian Antarabangsa, Jakarta sempena Sukan Asia 2018 pada 20 Ogos 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS/Darren Whiteside Aksi atlet dari China, Yang Sun ketika acara Renang kategori 1500m Gaya Bebas Lelaki di Pusat Akuatik GBK di Jakarta, Indonesia pada 24 Ogos 2018 sempena Sukan Asia 2018. - REUTERS/Athit Perawongmetha Zhu Yuxiang, Hu Mingda dan Deng Tingfeng dari China beraksi untuk acara akhir Taekwondo kategori Poomsae Pasukan Lelaki di Sukan Asia 2018 pada 19 Ogos 2018 di Jakarta, Indonesia. - REUTERS/Willy Kurniawan Aksi separuh akhir acara Taekwondo kategori Lelaki 80 kg di antara Nurlan Myrzabayev dari Kazakhstan dan Lee Hwajun dari Korea Selatan. - REUTERS/Darren Whiteside Aksi Xu Jiayu dari China dalam acara Renang kategori Kuak Lentang Lelaki 50m di Pusat Akuatik GBK Jakarta, Indonesia pada 20 Ogos 2018 sempena Sukan Asia 2018. REUTERS/Athit Perawongmetha ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/aksi-aksi-sukan-asia-jakarta-palembang-2018-4826 Mon, 27 Aug 2018 09:54:00 +0800 4826
<![CDATA[Semangat kejiranan terserlah di sambutan Aidiladha di Muar]]> (8 Foto)
Penduduk Taman Bakri Jaya, Muar, Johor bersama menjayakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha 1439 di perkarangan Surau Taman Bakri Jaya. Setiap tahun kejiranan ini tidak pernah terlepas untuk melunaskan ibadah ini secara sepakat antara penduduk. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid Penduduk Taman Bakri Jaya, Muar, Johor bersama menjayakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha 1439 di perkarangan Surau Taman Bakri Jaya. Setiap tahun kejiranan ini tidak pernah terlepas untuk melunaskan ibadah ini secara sepakat antara penduduk. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid Penduduk Taman Bakri Jaya, Muar, Johor bersama menjayakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha 1439 di perkarangan Surau Taman Bakri Jaya. Setiap tahun kejiranan ini tidak pernah terlepas untuk melunaskan ibadah ini secara sepakat antara penduduk. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid Penduduk Taman Bakri Jaya, Muar, Johor bersama menjayakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha 1439 di perkarangan Surau Taman Bakri Jaya. Setiap tahun kejiranan ini tidak pernah terlepas untuk melunaskan ibadah ini secara sepakat antara penduduk. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid Penduduk Taman Bakri Jaya, Muar, Johor bersama menjayakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha 1439 di perkarangan Surau Taman Bakri Jaya. Setiap tahun kejiranan ini tidak pernah terlepas untuk melunaskan ibadah ini secara sepakat antara penduduk. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/aidiladha-4825 Wed, 22 Aug 2018 14:24:23 +0800 4825
<![CDATA[Komuniti Rohingya menyambut Hari Raya Aidiladha di Malaysia]]> (8 Foto)
Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia memberi sedekah ketika melakukan solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia memberi sedekah ketika melakukan solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia memberi sedekah ketika melakukan solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia turut menunaikan ibadah korban selepas solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia melakukan ibadah korban selepas solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia melakukan ibadah korban dan melapah daging lembu selepas solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia melakukan ibadah korban dan melapah daging lembu selepas solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Komuniti Islam Rohingya yang menetap di Malaysia melakukan solat Hari Raya Aidiladha di Selayang, Selangor pada 22 Ogos 2018. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/kominiti-rohingya-menyambut-hari-raya-aidiladha-4824 Wed, 22 Aug 2018 14:11:15 +0800 4824
<![CDATA[Perasmian Sukan Asia Jakarta Palembang 2018]]> (10 Foto)
Sukarelawan, Nadira Fathmah memakai pakaian tradisi masyarakat Palembang di sekitar Stadium Gelora Bung Karno yang turut menjadi venue utama dan acara pembukaan rasmi sempena Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Sukan Asia edisi ke-18 itu dijadual berlangsung di ibu negara Indonesia iaitu Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini. - fotoBERNAMA Kontinjen Malaysia ketika memasuki ruang perarakan pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Kompleks Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta. Turut mengetuai kontinjen negara adalah Chef De Mission Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan pembawa Jalur Gemilang, Syakila Sani Jefry Krisnan yang juga atlet karate wanita negara. Pada edisi kali ini, kontinjen negara diwakili oleh seramai 418 atlet. - fotoBERNAMA Persembahan bunga api mewarnai ruang udara pada Upacara Pembukaan Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Pada edisi kali ini, kontinjen Malaysia diwakili oleh seramai 418 atlet. - fotoBERNAMA Antara persembahan menarik dipertontonkan kepada orang ramai pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Kompleks Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Sebanyak 45 negara Asia bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu dengan tema Energy of Asia yang berlangsung dari 19 Ogos hingga 2 September. Ini kali kedua Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan kedua terbesar dunia itu selepas edisi 1962 yang diadakan di Jakarta. - fotoBERNAMA Upacara menaikkan bendera kejohanan pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Kompleks Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Sebanyak 45 negara Asia bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu dengan tema Energy of Asia yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. Ini kali kedua Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan kedua terbesar dunia itu selepas edisi 1962 yang diadakan di Jakarta. - fotoBERNAMA Persembahan menarik dipertontonkan kepada orang ramai yang memeriah lagi suasana di sepanjang jalan pada acara pembukaan rasmi sempena Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Kompleks Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. - fotoBERNAMA Beberapa pengunjung kelihatan berjalan di sekitar Stadium Gelora Bung Karno yang turut menjadi venue utama dan acara pembukaan rasmi sempena Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Sukan Asia edisi ke-18 itu dijadual berlangsung di ibu negara Indonesia iaitu Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini. - fotoBERNAMA Pemenang pingat emas Badminton Olimpik Barcelona 1992, Susi Susanti menyalakan obor kejohanan pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Kompleks Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Sebanyak 45 negara Asia bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu dengan tema Energy of Asia yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. Ini kali kedua Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan kedua terbesar dunia itu selepas edisi 1962 yang diadakan di Jakarta. - fotoBERNAMA Persembahan menarik bercirikan pelbagai etnik tradisional di Indonesia dipertontonkan kepada orang ramai pada pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Kompleks Gelora Bung Karno pada 18 Ogos di Jakarta, Indonesia. Sebanyak 45 negara Asia bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu dengan tema Energy of Asia yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. Ini kali kedua Indonesia menjadi tuan rumah temasya sukan kedua terbesar dunia itu selepas edisi 1962 yang diadakan di Jakarta. - fotoBERNAMA Majlis meraikan kehadiran para atlet dan pembukaan Sukan Asia 2018 turut disambut meriah dengan percikan bunga api di perkarangan Stadium Gelora Sriwijaya pada 18 Ogos di Palembang, Indonesia. Sebanyak 45 negara Asia bersaing pada temasya sukan empat tahun sekali itu dengan tema Energy of Asia yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. - fotoBERNAMA ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/sekitar-perasmian-sukan-asia-jakarta-palembang-2018-4823 Sun, 19 Aug 2018 16:46:39 +0800 4823
<![CDATA[Pertandingan pakaian beragam sempena sambutan Bulan Kebangsaan]]> (7 Foto)
Nur Arisa Qistina Khairul Rijal, 7, (kanan) dan Norshazliana Mahli, 6, memperagakan pakaian baju kurung moden yang diperbuat daripada Jalur Gemilang ketika menyertai pertandingan pakaian beragam sempena sambutan bulan kebangsaan di Kuala Lumpur, 12 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA Nur Arisa Qistina Khairul Rijal, 7, (kanan) dan Norshazliana Mahli, 6, memperagakan pakaian baju kurung moden yang diperbuat daripada Jalur Gemilang ketika menyertai pertandingan pakaian beragam sempena sambutan bulan kebangsaan di Kuala Lumpur, 12 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA Antara gelagat kanak-kanak yang menyertai pertandingan pakaian beragam sempena sambutan bulan kebangsaan di Kuala Lumpur, 12 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA Nur Arisa Qistina Khairul Rijal, 7, (dua, kiri) dan Norshazliana Mahli, 6, (dua, kanan) dibantu dua jurusolek ketika membuat persiapan bagi menyertai pertandingan pakaian beragam sempena sambutan bulan kebangsaan di Kuala Lumpur, 12 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Ogos lalu mendapat sokongan dari pelbagai pihak dengan penganjuran pelbagai acara berkaitan Hari Kebangsaan di seluruh negara bagi memeriahkan dan menyemarakkan semangat patriotik. - fotoBERNAMA Norshazliana Mahli, 6, (kanan) dibantu ibunya Shaliza Nordin, 36, ketika membuat persiapan bagi menyertai pertandingan pakaian beragam sempena sambutan bulan kebangsaan di Kuala Lumpur, 12 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA Nur Arisa Qistina Khairul Rijal, 7, (kiri) dan Norshazliana Mahli, 6, (tengah) yang berpakaian baju kurung moden yang diperbuat daripada Jalur Gemilang bermain dengan seekor arnab sementara menunggu bermulanya pertandingan pakaian beragam sempena sambutan bulan kebangsaan di Kuala Lumpur, 12 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/pakaian-beragam-jalur-gemilang-4822 Mon, 13 Aug 2018 13:10:09 +0800 4822
<![CDATA[Lombok bergegar lagi!]]> (10 Foto)
Penduduk menyelamatkan motosikal yang masih boleh digunakan dari celah runtuhan sebuah rumah berdekatan sebuah masjid susulan gempa bumi kuat di Gunungsari, barat Lombok, Indonesia, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS Mangsa gempa bumi mengerjakan solat di bawah teduhan tempat perlindungan sementara susulan gempa bumi Lombok di Pamenang, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta Seorang bapa menemani anaknya yang tercedera dalam kejadian gempa bumi kuat di luar Hospital Tanjung, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta Seorang penduduk kampung mendukung anaknya di tempat perlindungan sementara sambil melihat kemusnahan yang terjadi dalam kejadian gempa Lombok di Pamenang, Indonesia, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta Penduduk kampung menolak motosikal di celah runtuhan bangunan susulan gempa Lombok di Pamenang, Indonesia, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta Pelancong asing membawa barangan mereka ketika meninggalkan Pulau Gili Trawangan, susulan gempa Lombok di Pamenang, Indonesia, 6 Ogos, 2018. REUTERS/Beawiharta Seorang pegawai polis di Lombok mengambil gambar di hadapan ratusan orang yang sedang meninggalkan Pulau Gili susulan gempa di Gili Trawangan, Lombok, 6 Ogos, 2018. Polis Perairan Indonesia/Handout/ via REUTERS Sebuah rumah musnah teruk dalam kejadian gempa bumi di Pemenang, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS Tentera Indonesia mengangkut mangsa gempa bumi untuk dibawa ke hospital di Tanjung, utara Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS Seorang wanita sambil mendukung anak berjalan di antara serpihan bangunan yang runtuh dalam kejadian gempa bumi kuat di Lendang Bajur Hamlet, Lombok, 6 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/lombok-bergegar-lagi-4821 Tue, 07 Aug 2018 14:02:01 +0800 4821
<![CDATA[Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang]]> (9 Foto)
Nurshafika Nadira Abdul Hamid (tengah) melakukan senamrobik bersama para peserta lain sebelum Larian Merdeka sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town, 4 Ogos 2018. --fotoBERNAMA Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (empat, kiri) menyempurnakan pelepasan para peserta Larian Merdeka sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town,  4 Ogos 2018. --fotoBERNAMA Para peserta mengibarkan Jalur Gemilang sebelum memulakan Larian Merdeka sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town, 4 Ogos, 2018. Larian sejauh lima kilometer itu disertai 2,500 peserta dan pelepasan para peserta disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. --fotoBERNAMA Aktivis Sayangi Malaysiaku mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town, 4 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town,  4 Ogos, 2018. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. --fotoBERNAMA Pertunjukan bunga api dan kibaran Jalur Gemilang memeriahkan suasana selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town, 4 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang selepas melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town, 4 Ogos 2018. Turut hadir Isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. --fotoBERNAMA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama, George Town, 4 Ogos 2018. Turut hadir (dari kiri) Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. --fotoBERNAMA Orang ramai turut bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang pada Pelancaran Bulan Kebangsaan 2018 dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak bertemakan Sayangi Malaysiaku di perkarangan Jubli Perak Kuala Kangsar, 4 Ogos 2018. --fotoBERNAMA ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/pelancaran-kempen-kibar-jalur-gemilang-4820 Tue, 07 Aug 2018 05:45:42 +0800 4820
<![CDATA[Pengundi DUN Sungai Kandis tunai tanggungjawab]]> (8 Foto)
Suasana pengundi N49 DUN Sungai Kandis yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Pengundi N49 DUN Sungai Kandis, Nordzalila Razali, 35, menunjukkan jari yang bertanda dakwat selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. - ASTRO AWANI Semangat mengundi seperti ini harus dicontohi ramai. Meskipun berkerusi roda, pengundi warga emas ini tetap menjalankan tanggungjawabnya. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Othman Mahmood memantau petugas SPR pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Kecil N49 DUN Sungai Kandis. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Salah seorang pengundi mencelupkan jari ke dalam bekas dakwat ketika menjalankan tanggungjawab mengundi pada 4 OGos, sempena PRK Sungai Kandis. - Astro AWANI / Shahir Omar Para pengundi beratur menunggu giliran sejak awal pagi sewaktu mendaftarkan diri sempena hari pengundian PRK Sungai Kandis pada Sabtu, 4 Ogos. - Astro AWANI / Shahir Omar Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi PRK DUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menunjukkan jari ketika mengundi di pusat mengundi SK Jalan Kebun hari ini. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR Raminah Dollah Hambali, 86, mengundi di saluran pertama iaitu saluran warga emas berikutan hari mengundi unuk PRK DUN Sungai Kandis di SK Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/voting-day-4819 Sat, 04 Aug 2018 14:09:49 +0800 4819
<![CDATA[Sekitar sambutan Hari Pahlawan 2018]]> (9 Foto)
Jalur Gemilang diturunkan dengan diiringi tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi tabik hormat sejurus berangkat pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2018 di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Julai 2018 di Putrajaya. --fotoBERNAMA Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor di Tugu Peringatan Negeri Selangor pada 31 Julai 2018 di Shah Alam. -- fotoBERNAMA Para pengunjung dari dalam dan luar negara mengambil kesempatan mengunjungi tempat bersejarah sempena Sambutan Hari Pahlawan di Tugu Negara pada 31 Julai 2018 di Kuala Lumpur. -- fotoBERNAMA Antara persembahan pantomim bertajuk Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia memberikan tabik hormat ketika bergambar kenangan pada majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri 2018 di Tugu Peringatan Jalan Tunku Bendahara, Alor Setar, 31 Julai 2018. --fotoBERNAMA Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi tabik hormat ketika tiupan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memeriksa kawalan kehormatan utama pada Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, 31 Julai 2018. --fotoBERNAMA Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerima hormat diraja pada istiadat perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, 31 Julai, 2018. --fotoBERNAMA ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/sekitar-sambutan-hari-pahlawan-2018-4818 Wed, 01 Aug 2018 07:19:20 +0800 4818
<![CDATA[Terjunan luar biasa di Mostar!]]> (8 Foto)
Selain meneruskan tradisi yang telah lebih 400 tahun dilakukan, acara terjun tersebut juga sudah menjadi tarikan pelancongan yang unik di bandar Mostar. - Reuters Di bandar Mostar, Bosnia, sukan ekstrem seperti terjun dari jambatan pada paras ketinggian 24 meter adalah satu tradisi yang menjadi kemegahan sejak lebih 400 tahun. - Reuters Penduduk tempatan tidak melepaskan peluang membanjiri lokasi acara bagi menyaksikan pertandingan tahunan yang menguji ketahanan fizikal dan mental pesertanya. - Reuters Aksi terjun ini dahulunya dimulakan oleh seorang penjelajah pada kurun ke-17, Evliya Celebi, yang terjun dari jambatan Stari Most terus ke dalam Sungai Neretva. - Reuters Seorang penduduk menyahut cabaran terjun dari jambatan Stari Most ke Sungai Neretva sempena pertandingan tahunan yang masuk tahun ke-452 penganjuran. - Reuters Seorang penerjun berusia 16 tahun yang menyertai pertandingan itu, Emil Petrovic, menyifatkan sukan ekstrem tersebut sebagai perkara wajib yang perlu dilakukan bagi kaum lelaki sepertinya.- Reuters Emil Petrovic, 16, nyatakan hasratnya untuk menyertai pertandingan itu tahun lepas tetapi dilarang oleh ibunya, kini kedua-dua ibu bapanya memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya itu. Dalam catatan Celebi dalam karya tulisannya, Book Of Travel yang memberi gambaran jelas bahawa penerjun akan lari ke atas jambatan kemudian terjun ke dalam sungai dengan aksi seolah-olah sedang terbang seperti burung. Foto: Reuters ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/penerjun-muda-mostar-meneruskan-tradisi-terjun-dari-jambatan-4817 Mon, 30 Jul 2018 06:33:44 +0800 4817
<![CDATA['Gegaran pemusnah' landa Pulau Lombok]]> (11 Foto)
Kejadian gempa kuat pada awal pagi Ahad yang melanda Lombok membuatkan ribuan penduduk keluar meninggalkan kediaman masing-masing dan terus berada dalam keadaan berwaspada. - Reuters Struktur bangunan yang dibina di tebing bukit ini musnah bersama runtuhan tanah apabila gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter melanda Pulau Lombok pada Ahad, 29 Julai. - Reuters Badan Meteorologi, Klimatalogi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengingatkan masyarakat tempatan di sekitar Pulau Lombok, Indonesia supaya berwaspada terhadap kemungkinan ancaman gempa susulan. - Reuters Bumbung menyembah bumi. Itulah yang dapat diungkapkan tentang gambar ini beberapa jam selepas kejadian gepa bumi berkekuatan 6.4 skala Richter melanda Lombok pada Ahad 29 Julai. - Reuters SEMBALUN, Indonesia (Reuters) - Gempa berkekuatan 6.4 magnitud melanda pulau pelancongan Lombok di Indonesia pada hari Ahad yang membunuh 12 orang dan menghantar penduduk kampung melarikan diri dari katil mereka ke ladang terbuka untuk mengelakkan runtuhan bangunan.

SEMBALUN, Indonesia (Reuters) - A powerful 6.4 magnitude earthquake struck the popular tourist island of Lombok in Indonesia on Sunday killing 12 people and sending villagers fleeing from their beds into open fields to avoid collapsing buildings. SEMBALUN, Indonesia (Reuters) - Gempa berkekuatan 6.4 magnitud melanda pulau pelancongan Lombok di Indonesia pada hari Ahad yang membunuh 12 orang dan menghantar penduduk kampung melarikan diri dari katil mereka ke ladang terbuka untuk mengelakkan runtuhan bangunan.

SEMBALUN, Indonesia (Reuters) - A powerful 6.4 magnitude earthquake struck the popular tourist island of Lombok in Indonesia on Sunday killing 12 people and sending villagers fleeing from their beds into open fields to avoid collapsing buildings. SEMBALUN, Indonesia (Reuters) - Gempa berkekuatan 6.4 magnitud melanda pulau pelancongan Lombok di Indonesia pada hari Ahad yang membunuh 12 orang dan menghantar penduduk kampung melarikan diri dari katil mereka ke ladang terbuka untuk mengelakkan runtuhan bangunan.

SEMBALUN, Indonesia (Reuters) - A powerful 6.4 magnitude earthquake struck the popular tourist island of Lombok in Indonesia on Sunday killing 12 people and sending villagers fleeing from their beds into open fields to avoid collapsing buildings. Gegaran akibat gempa bumi di Lombok menyebabkan banyak struktur kediaman dan bangunan tumpuan umum mengalami kerosakan teruk. - Reuters Seorang penduduk di Sembalun, Lombok Timur melihat saki-baki barangan yang dapat diselamatkan di sebuah rumah yang musnah teruk akibat bencana gempa bumi. - Reuters Gempa berkekuatan 6.4 magnitud melanda pulau pelancongan Lombok di Indonesia pada hari Ahad hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang setakat ini. - Reuters Penduduk di Kampung Sajang, Sembalun melewati kawasan perumahan yang terjejas teruk akibat kejadian gempa bumi di Lombok, pada Ahad, 29 JUlai 2018 - AP ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/gempa-bumi-di-lombok-4816 Sun, 29 Jul 2018 15:03:39 +0800 4816
<![CDATA[Fenomena gerhana bulan paling lama abad ini]]> (7 Foto)
Para astronomi bersemangat menyediakan teleskop mereka bagi melihat gerhana bulan di Jeti Marina, Singapura 28 Julai 2018. REUTERS/Edgar Su Gerhana bulan atau Gerhana bulan atau Pemandangan langit ketika fenomena gerhana bulan di Perkampungan Raisting, Selatan Bavarian berhampiran Munich, Jerman, 28 Julai 2018. REUTERS/Michael Dalder Bulan penuh kelihatan di bekalang Kuil Posidon sebelum gerhana bulan di Cap Sounion berhampiran Athens, Greece, 27 Julai 2018. REUTERS/Alkis Konstantinidis Salah seorang astronomi bersemangat meninjau ke langit menerusi teropong bagi melihat gerhana bulan atau bulan berdarah di Jeti Marina, Singapura 28 Julai 2018. REUTERS/Edgar Su ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/gerhana-bulan-paling-lama-abad-ini-4815 Sat, 28 Jul 2018 07:46:03 +0800 4815
<![CDATA[Pelbagai kemusnahan akibat kebakaran hutan]]> (9 Foto)
Orang ramai melihat kesan kebakaran dari jauh di Kineta, berdekatan dengan Athens, Greece, pada 23 Julai, 2018. - Foto Reuters/Alkis Konstantinidis Pasukan bomba dilihat di sebalik asap tebal disebabkan kebakaran hutan besar di bandar Kineta pada 23 Julai 2018. - Foto Reuters/Alkis Konstantinidis Seorang sukarelawan mengawal trafik di kawasan yang dilanda kebakaran hutan di bandar Kineta pada 23 Julai 2018. - Foto Reuters/Alkis Konstantinidis Pasukan bomba dan anggota tentera menyertai operasi memadamkan api di bandar Rafina pada 23 Julai 2018. - Foto Reuters/Costas Baltas Penduduk di bandar Rafina melihat api marak susulan kebakaran hutan besar di Greece pada 23 Julai 2018. - Foto Reuters/Alkis Konstantinidis Penduduk di bandar Mati menaiki bot angin selepas diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan yang melanda kawasan itu pada 23 Julai 2018. - Foto Reuters/Alkis Konstantinidis Kebakaran hutan di Rafina diburukkan lagi oleh angin kencang dan cuaca kering pada 23 Julai 2018. - Foto Reuters/Alkis Konstantinidis Ratusan kereta musnah dalam kebakaran hutan yang melanda bandar Mati, berdekatan dengan Athens pada 24 Julai 2018. - Foto Reuters/Costas Baltas Mangsa kebakaran mencari anjing peliharaanya selepas kawasan rumahnya di Mati, berdekatan dengan Athens, musnah dijilat api pada 24 Julai 2018. - Foto Reuters/Costas Baltas ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/kebakaran-hutan-di-athens-greece-4814 Wed, 25 Jul 2018 13:58:03 +0800 4814
<![CDATA[Kejadian tembakan rambang di Toronto, Kanada]]> (7 Foto)
Orang ramai mengikut arahan polis meninggalkan lokasi kejadian tembakan rambang di Toronto, Kanada, 22 Julai, 2018. REUTERS Robot pelupusan bom dilihat ditempatkan berhampiran lokasi kejadian tembakan rambang di Toronto, Kanada, 23 Julai, 2018. REUTERS Seorang pegawai polis berdiri berdekatan penanda bahan bukti susulan kejadian tembakan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk penyerangnya, di Danforth Avenue di Toronto, Kanada, 23 Julai, 2018. REUTERS Seorang pegawai polis memeriksa bahan bukti ketika menjalankan siasatan berhubung insiden tembakan rambang di Danforth Avenue di Toronto, Kanada, 23 Julai, 2018. REUTERS Anggota polis mengawal keadaan di Danforth Avenue susulan insiden tembakan rambang di Toronto, Kanada, 23 Julai, 2018. REUTERS Anggota polis menjalankan siasatan susulan kejadian tembakan rambang di Danforth Avenue, Toronto, Kanada, 23 Julai, 2018. REUTERS. Anggota polis memasuki sebuah restoran yang terjejas dalam insiden tembakan rambang di Danforth Avenue di Toronto, Kanada, 23 Julai, 2018. REUTERS ]]>
http://www.astroawani.com/photos/album/kejadian-tembakan-rambang-di-toronto-kanada-4813 Tue, 24 Jul 2018 19:44:14 +0800 4813