Tutup

'Jaminan bekalan makanan perlu diberi perhatian'

'Jaminan bekalan makanan perlu diberi perhatian'
KUALA LUMPUR: Jaminan bekalan makanan perlu dipertengahkan dan diberi penekanan.

Demikian pandangan Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Dr Anizan Isahak sewaktu menjadi tetamu dalam program bual bicara Astro AWANI, Sudut Pandang pada Jumaat.

Beliau juga berpendapat, struktur yang kuat diperlukan bagi membuka peluang kepada petani untuk memasuki pasaran eksport.


Sementara itu, jururunding tanaman padi, Salehuddin Yahya berkata, terdapat beberapa isu-isu kritikal dalam bidang persawahan yang perlu diberi perhatian,
Menurut beliau, keadaan tanah sawah perlu dibaik pulih memandangkan ada sesetengah kawasan yang bermasalah untuk dimasuki jentera pertanian.

Tambah Salehuddin, penggunaan bahan kimia kini berada pada tahap yang sangat tinggi terutama di Selangor juga perlu diberi perhatian selain mencari penyelesaian terhadap masalah padi angin dan siput gondang.