Seorang pakar perunding jantung Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata sikap tanggungjawab serta minat yang tinggi dalam perubatan merupakan sebab para doktor terus berada dalam bidang itu.

Profesor Datuk Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman berkata, waktu kerja yang sangat lama serta bilangan doktor yang tidak mencukupi merupakan faktor para doktor mengalami tekanan di kerja.

“Masa itu amat terhad dan pengorbanan dari segi hobi, kekeluargaan dan dari segi masa lapang tu amatlah kurang,” kata beliau.

Dr Ramzisham mengutarakan pandangannya dalam satu sesi temubual dalam program Sudut Pandang di Astro AWANI bersama hos Ashwad Ismail.