*

Anda di sini: Laman Utama | Trafik
comments
Apa itu Waze?
Anda telah sedia tahu, namun masih mahu mengingatkannya semula .

Waze adalah aplikasi dimana informasinya dikumpul dan digerakkan oleh pengguna. Ia boleh dimuat turun secara percuma menerusi peranti iPhone, Android dan telefon bimbit menggunakan platform Windows . Waze memanfaatkan data GPS yang dikumpulkan daripada 50 juta penggunanya dan maklumat itu digunakan untuk memaklumkan kepada semua mengenai aliran trafik setepat mungkin.


Sejak Google mengambilalihnya pada 2013, pengguna boleh menggunakan aplikasi ini menerusi Google Street View via Waze Livemap.

GUIDED TOUR OF WAZE
Popularkah Waze di Malaysia?
Sudah pasti! Lihat statistiknya …
Waze tersenarai di tangga ke-16 di kalangan semua aplikasi di App Store Malaysia.
Waze mempunyai hampir 1.5 juta pengguna aktif di Malaysia dan Komuniti Waze di Malaysia tersenarai antara ke-15 tertinggi di dunia.
Sejumlah 3,300 editor menyumbang kepada peta Waze secara aktif menggunakan driver yang dijana dari Livemaps Google.
AstroAWANI & Waze
 
Astro AWANI adalah rakan siaran kedua yang bekerjasama dengan Waze Inc. di luar Amerika Syarikat.
Menerusi program kerjasama ini, Waze, menyasarkan untuk membawa laporan trafik oleh warganya ke platform media perdana – menjadi penghubung antara rangkaian media sosial dan kandungan mudah-alih, kepada laporan trafik yang lebih bermanfaat. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
 
Apa yang boleh diharapkan dari Astro AWANI, rangkaian TV pertama yang menjadi rakan kerjasama Google Waze?

Laporan trafik terkini secara langsung sepanjang hari di seluruh negara. Ia akan dilancarkan awal 2014 nanti.

Buat masa ini, ANDA boleh turut serta dengan komuniti AWANI WAZERS dan nantikan sesuatu yang menarik tidak lama lagi.
Bagaimana hendak menganggotai AWANI WAZER?