Tutup

Anthony Loke enggan buat kesimpulan awal

Sementara itu, kementerian pengangkutan enggan membuat sebarang kesimpulan berkenaan kenyataan MAHB yang tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian di KLIA disebabkan tindakan berniat jahat. Menterinya, Anthony Loke berkata ketika ini jawatankuasa siasatan isu kegagalan total airport management system sudah diwujudkan secara pentadbiran bagi menyiasat punca sebenar kejadian pada 21 ogos lalu. Jawatankuasa itu, katanya diberi kuasa untuk memanggil semua pihak terbabit untuk memberi keterangan dan ada kuasa untuk mengakses mana-mana tempat di KLIA untuk melihat apa yang berlaku.