#AWANIJr : Waris Hang Tuah Ditemui?

"Tak Melayu Hilang dI Dunia" ungkapan keramat Pahlawan Melayu Hang Tuah 500 tahun dahulu. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong ,Melaka,Nur Afiqah Auni Mohd Zaidy ,12 menyoroti warisan ketangkasan Hang Tuah dalam dunia persilatan yang semakin berkembang di SK Duyong. Masrizal Rahmat 40, guru SK Duyong merangkap guru silat yang bertanggungjawab memastikan ketangkasan Hang Tuah diwarisi oleh anak-anak Duyong. Malahan telah berjaya membentuk kemenjadian murid SK Duyong sehingga berjaya dinobatkan Johan Sekolah Rendah Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.