Bersatu rasmi bertapak di Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melakar sejarah baharu dalam arena politik Sabah selepas secara rasmi bertapak dan sekali gus melebarkan sayap ke Negeri di Bawah Bayu itu. Pengumuman rasmi itu dibuat Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan kira-kira 30,000 penyokong Bersatu Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC) Penampang.