Jemaah haji, umrah kali pertama dikecualikan levi pelepasan

Jemaah haji dan umrah kali pertama dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ke luar negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan turut dikecualikan adalah jemaah yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini.