Karnival permotoran anjuran UMW Toyota

Karnival tahunan sukan permotoran anjuran UMW Toyota, Toyota Gazoo Racing Festival memasuki musim kedua dengan penuh bergaya. Adrenalin mengalir pantas saat deruman enjin 40 pelumba berentap merebut kedudukan terbaik. Litar mencabar sepanjang 1.65 km, 11 selekoh tajam dan empat laluan lurus di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,Kuala Nerus memberikan cabaran getir pemanduan dan kawalan kenderaan.