Kerjasama Proton-Geely: Tun M yakin Proton bakal bertaraf dunia

Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerjasama strategik antara Proton dan Geely mempercepatkan proses meningkatkan kereta-kereta keluaran Proton. Perdana Menteri berkata, kerjasama strategik itu bakal memacu syarikat automotif pertama negara itu sebagai pengeluar bertaraf dunia termasuk menghasilkan kereta elektrik pertama.