Malaysia Auto Show 2017 kembali lagi

Pameran kereta terbesar negara, Malaysia Autoshow 2017 bermula hari ini selama empat hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang. Bertemakan 'Kenderaan Cekap Tenaga Masa Depan' pameran bertujuan memperkenalkan kenderaan cekap tenaga dan berteknologi mobiliti terkini. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotof Malaysia Datuk Madani Sahari berkata, kelainan yang akan ditonjolkan tahun ini adalah pengunjung berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan mewah seperti Mustang dan Bentley.