MODENAS bakal kembali kuasai pasaran nasional

Motosikal Dan Enjin Nasional Sendirian Berhad, MODENAS dijangka kembali menerajui pasaran motosikal tempatan susulan kerjasama strategiknya dengan syarikat terkemuka India, Bajaj Auto Limited. Perkongsian pengeluar motosikal tempatan itu dengan syarikat global itu merupakan satu cara untuk meraih keuntungan, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan menembusi pasaran serantau serta global memandangkan saiz pasaran Malaysia yang agak kecil.