Peminat tidak lepaskan peluang bertemu pemandu F1

Hujung minggu ini menjadi saingan terakhir Formula One Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. Sejak 1999, Malaysia menjadi hos kepada perlumbaan termahal di dunia itu. Pastinya ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu pemandu F1 kegemaran mereka. Antaranya, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes AMG Petronas yang sempat meluangkan masa bertemu peminat di perkarangan KLCC pada petang Rabu.