Tutup

Proton catat bahagian pasaran terbaik dalam tempoh 47 bulan

Proton berjaya mencatat sebanyak 18.1 peratus daripada jumlah Jualan Keseluruhan Industri (TIV) tempatan pada bulan lepas iaitu angka tertinggi pernah diraih syarikat itu sejak Julai 2015. Menurut kenyataan pengeluar kereta nasional itu sejumlah 7,615 unit kenderaannya berjaya dijual pada Jun, bulan sama menyaksikan TIV pasaran automotif Malaysia dijangkakan menguncup 30.8 peratus kepada 42,090 unit.