Proton tutup tirai 2016 dengan Ertiga

Proton Holdings Bhd terus berpegang kepada komitmen untuk melancarkan empat model kereta dalam 2016. Ia terbukti bila memperkenalkan Proton Ertiga, model keempat dan terakhir dalam tahun ini. Kenderaan pelbagai guna (mpv) itu diperkenalkan melalui kerjasama Proton dengan Suzuki Motor Corp dari Jepun.