Video  | Bisnes

2 relau modular dipasang di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC)

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya memasang dua relau modular untuk kompleks penapisannya yang kini dalam pembinaan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor. Dalam kenyataan hari ini, Naib Presiden Kanannya, Ir Dr Colin Wong Hee Huing, berkata relau ini merupakan komponen penting dalam unit penyulingan mentah dan dalam menyediakan saluran bagi unit pemprosesan lain di kompleks penapisan.