Video  | Bisnes

40 peratus PKS tidak guna perisian GST yang memudahkan

PKS di Malaysia disaran membeli perisian perakaunan GST bagi memudahkan urusan dokumentasi perniagaan mereka. Menurut Timbalan Ketua Pengarah penguatkuasaan dan pematuhan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy perisian bernilai RM 5 ribu ke RM 7 ribu itu hanya perlu dibeli sekali. Tambahnya, ia akan memudahkan segala urusan perakaunan perniagaan termasuk dokumen GST yang diperlukan untuk tujuan tuntutan dengan pihak Kastam.