Video  | Bisnes

Cadangan bina rumah mampu milik disalah tafsir

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) telah salah tafsir kenyataannya mengenai pembinaan rumah mampu milik di negeri Sabah. Katanya beliau mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya mengenakan syarat kepada pemaju perumahan untuk membina 50 peratus rumah mampu milik dan bukan rumah kos rendah.