Tutup

Video  | Bisnes

Fasa 1 sambungan laluan Ampang beroperasi Oktober

Projek sambungan LRT laluan Ampang berjalan lancar, dengan fasa pertama dijangka beroperasi pada akhir Oktober 2015 apabila set tren baharu (LRV) dijadual tiba mengikut jadual. Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menerusi satu kenyataan berkata set kedua lapan LRV baharu enam koc untuk laluan Ampang yang disasarkan beroperasi pada Oktober, tiba di sini hari ini dan diangkut ke Depot Ampang LRT untuk pemeriksaan sebelum menjalani ujian dan pengoperasian.