Tutup

Video  | Bisnes

Fiat Chrysler dituduh tipu perisian diesel

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat menuduh Fiat Chrysler menggunakan perisian tersembunyi bagi menghapuskan kesan pelepasan gas diesel berlebihan. Ia tuduhan terbaru agensi itu terhadap syarikat Amerika selepas berjaya merungkai penipuan perisian pelepasan gas diesel oleh Volkswagen yang menyaksikan denda besar terhadap jenama nombor satu dunia itu.