Tutup

Video  | Bisnes

Kaji industri penerbangan elak terus rugi

Kerajaan digesa mengkaji semula dasar industri penerbangan negara bagi mengelakkan situasi yang dialami syarikat penerbangan negara daripada berulang sehingga terdedah kepada kerugian. Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, industri penerbangan perlu diselaras supaya persaingan yang wujud dalam keadaan terkawal sekaligus memberi perlindungan kepada syarikat penerbangan tempatan.