Video  | Bisnes

MAB alih ke fasa penyusunan semula seterusnya

Prestasi Tepat Masa (OTP) Malaysia Airlines Berhad (MAB) bertambah baik sejak ia menjadi entiti baharu pada 1 September 2015. Dalam laporan kemas kini suku tahunan pertamanya yang dikeluarkan pada Jumaat, MAB mencapai 89.8 peratus OTP sehari meskipun gangguan utama yang disebabkan jerebu baru-baru ini.