Tutup

Video  | Bisnes

Manfaatkan portal MyWanita untuk pasaran produk

Usahawan wanita yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan secara atas talian kini boleh memanfaatkan portal MyWanita untuk memperkenal dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata beliau mengharapkan lebih ramai wanita berdaftar dengan portal berkenaan bagi mendapatkan maklumat serta panduan berkaitan perniagaan dengan lebih mudah.