Video  |  Bisnes

OM, MDEC dan Talentcorp laksana program graduan

Outsourcing Malaysia bekerjasama dengan Multimedia Development Corp (MDEC) dan Talent Corporation Malaysia Bhd (Talentcorp) bagi menangani kadar pengangguran dalam industri penyumberan luar perkongsian perkhidmatan di Malaysia. Ketiga-tiga pihak tersebut melaksanakan program kebolehpasaran graduan sebagai respons kepada kajian pengesanan graduan 2012 kementerian pengajian tinggi, yang mendedahkan 51,835 daripada 202,328 graduan tempatan menganggur.