Video  | Bisnes

Operasi MAS tidak terjejas dengan pemberhentian pekerja

Operasi Malaysia Airlines (MAS) berjalan lancar dan tidak terjejas berikutan pemberhentian 6,000 kakitangannya, tidak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata pemberhentian kakitangan syarikat itu dilakukan adalah secara berperingkat dan pihak pengurusan mas yang baru memberi jaminan dalam memastikan kelancaran operasi dan kualiti perkhidmatan sentiasa terjaga.