Video  | Bisnes

Pelajar OKU antara penerima biasiswa Maybank

Remaja wanita orang kurang upaya oku penglihatan Chew Sui Teng, antara 66 pelajar cemerlang yang ditawarkan biasiswa Yayasan Maybank pada tahun ini, yang keseluruhannya bernilai 14.2 juta ringgit. Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Nora Abdul Manaf berkata pelajar itu akan mengikuti Pengajian Ijazah Teaching English As A Second Language (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.