Tutup

Video  | Bisnes

PLUS tawar 10% rebat tol sempena Aidilfitri

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka menikmati rebat tol lebih daripada 10 % pada hari terpilih sempena Aidilfitri yang bakal menjelang. Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol yang akan diumumkan pada 21 Julai ini akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol secara eletronik menggunakan kad Plusmiles, Touch 'N Go dan Smarttag di Lebuh Raya kendalian PLUS.