Tutup

Video  | Bisnes

Rantau Produktif [EP4]: Wangsa Jelita ingin wanita Indonesia berjaya

Kali terakhir Astro AWANI bertemu Pengasas Bersama dan CEO Bersama Wangsa Jelita, Nadya Saib adalah pada 2017 di Kuala Lumpur. Pada ketika itu, fokus utamanya syarikat yang ditubuhkan pada 2010 adalah untuk memastikan dagangan adil di sepanjang rantaian nilai syarikat berkenaan. Kini ia mengambil satu lagi langkah, untuk berkongsi cara penjagaan diri, mental dan fizikal atau well-being ditingkatkan. Dalam masa yang sama, Nadya turut berkongsi nilai-nilai Wangsa Jelita yang bukan hanya fokus kepada kecantikan luaran, malah kemurnian untuk membangunkan komuniti dan rakan niaganya di Indonesia.