Video  | Bisnes

Teknologi MyDori menggunakan pemprosesan imej digital

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan inovasi digital MyDori bagi memudahkan pengguna mengenal pasti pelbagai jenis ikan menggunakan teknologi pemprosesan imej digital di dalam telefon pintar. Menurut Pengurus Besar UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. Profesor. Madya Dr. Mustafa Man, perisian berkenaan menghuraikan permasalahan semasa terutama kepada para pengguna biasa yang tidak mahir di bidang perikanan.