Tutup

Video  | Bisnes

Tokyo: Himpunan pemimpin wanita di Tokyo buahkan hasil

Kerajaan Jepun komited untuk menggalakkan jumlah wanita di dalam tenaga kerja. Menurut Jurucakap Perdana Menteri dan Setiausaha Akhbar Kerajaan Jepun, Yasuhisa Kawamura, susulan Perhimpunan Wanita Sedunia di Jepun, atau WOW di Tokyo pada hujung 2014, pelbagai pembaharuan telah dicapai. WOW di Tokyo menghimpunkan pemimpin wanita dari dunia perniagaan dan institusi global termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde. Tambahnya, susulan daripada perhimpunan WOW kerajaan Jepun mencapai perkembangan positif dalam usaha menarik lebih ramai wanita ke dalam tenaga kerja dan meyumbang kepada ekonomi.