Video  | Bisnes

Usahasama Flour Corp & Technip terima kontrak Rapid

Fluor Corporation dalam satu usaha sama dengan Technip, telah dianugerahkan satu kontrak pengurusan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh PRPC Utilities dan Facilities Sdn. Bhd. Bagi projek pembangunan bersepadu kilang penapisan dan petrokimia Petronas Rapid yang terletak di Pengerang, Johor. Di bawah kontrak itu, usaha sama antara Fluor & Technip akan bertanggungjawab bagi skop kerja utiliti, penyambungan dan di luar tapak. Fluor mendapat kontrak itu pada suku ketiga tahun 2014.