Tutup

Video  | Dunia

20 orang cedera dalam nahas letupan gas di Florida

Dua orang cedera parah manakala 18 orang yang lain alami luka ringan, selepas sebuah restoran pizza yang tidak beroperasi meletup di plaza membeli-belah Florida Selatan, Amerika Syarikat. Menurut polis, letupan itu menerbangkan serpihan bangunan di sepanjang jalan yang sibuk di jalan Plantation, di Daerah Broward.