Video  | Dunia

200 berkumpul zahirkan simpati Malaysia terhadap Sri Lanka

Lebih 200 orang berkumpul di The Malaysian Ceylonese National Community Centre (MCNCC) Petaling Jaya dalam satu majlis bagi menzahirkan simpati tragedi serangan gereja di Sri Lanka pada Hari Easter Ahad lalu. Ia turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy, ketua pelbagai agama serta rakyat Sri Lanka yang berada di Malaysia.